SIRI INTRO : 05 DISEMBER 2017 - 14 DISEMBER 2017
Sebenarnya perjalanan ke Bangkok/Lop Buri/ Pa Chung/Khao Yai dan Pattaya bukanlah satu perjalanan yang dirancang dengan rapi. Untuk ke bumi Thailand ataupun Siam bukan merupakan sesuatu yang baharu kepada penulis. Pernah beberapa kali memijak kaki ke Thailand yang merupakan negeri gajah putih yang begitu terkenal dalam sektor perlancongan. Krabi dan Phuket antara pusat perlancongan Thailand yang pernah disinggahi suatu ketika dahulu. Oleh yang sedemikian perjalanan ke kota metropolitan Bangkok bukan menjadi satu masalah besar kepada penulis untuk mencari makanan halal yang melambak sebagaimana di Krabi dan Phuket.
Andai dikatakan saya ingin menziarahi Thailand kerana naluri maka itu jelas satu pembohongan yang maha besar. Keinginan untuk ke Bangkok dan tempat-tempat lain yang dirancang oleh saya adalah disebabkan banyak disebut backpackers. Maka saya merasakan perlu untuk menjejakkan kali ke tempat-tempat tersebut. Tiket penerbangan dan tempahan bilik hotel dilakukan hanya sebulan sebelum ke sana. Pada kali ini perjalanan saya ke luar negara berbeza dengan perjalanan sebelum ini. Mungkin saya dapat katakan kali ini agak istimewa. Hal ini memandangkan saya ke Bangkok, Thailand dengan menaiki MAS (Malaysia Airlines System) berbanding AIRASIA sebelum ini. Dengan harga tiket yang sangat murah berbanding dengan AIRASIA, tambahan pula dengan MAS saya dapat percuma bagasi 30KG dan percuma makanan sudah tentu ianya sangat berbaloi. Dengan AIRASIA yang sangat mahal ketika itu belum lagi bayaran untuk bagasi dan makanan ermmm rasanya dengan lebihan perbezaan tambang tersebut membolehkan saya untuk meneroka negara lain pula. Saya sendiri merasakan bahawa konsep tambang murah dan cogan kata basi AIRASIA "Everyone can Fly" telah lari dari konsep asalnya. Saya mengakui syarikat mana yang tidak mahu untung tapi dengan tindakan AIRASIA yang begitu berasa besar kepala maka percayalah suatu hari nanti AIRASIA akan hilang kredibilitinya. ohh ya kita tinggalkan AIRASIA yang semakin menyesakkan itu. #saya tidak dibayar oleh MAS# malah saya sebenarnya ada kenangan pahit dengan pihak MAS.
Di Thailand, iaitu Bangkok terus terang saya katakan makanan halal begitu sukar untuk diperoleh. Walau bagaimanapun terdapat beberapa restoran halal yang dimiliki orang Melayu Pattani di Kota Bangkok. Antaranya yang paling dikenali dalam blog-blog muslim traveller adalah Restoran Yana @ Yana Restaurant di MBK Mall berdekatan dengan Siam Paragon dan Siam Discovery. Ketiga-tiga pusat membeli belah ini berada di BTS Siam Station. Namun pada kali ini saya akan menerangkan pula mengenai sebuah restoran halal yang dimiliki oleh orang Melayu Pattani di Kota Bangkok dengan harga yang lebih berpatutan dan sangat sedap dinikmati tatkala berada di bumi asing.Restoran ini berhampiran dengan Marriot Marquis di Stesyen Phrom Phong, iaitu Usman Thai Muslim Restaurant. Saya berani katakan sangat berbaloi dengan nilai wang anda dan keinginan anda. Salad Mangganya lebih sedap berbanding Yana Restaurant. Fried Beef Garlic nya sangat-sangat sedap.
....... ini hanya intro. saya akan terangkan satu persatu perjalanan ke tempat-tempat menarik di Bangkok ini nanti. InsyaAllah saya akan selitkan beberapa keping gambar untuk anda.
Gambar Bunga Matahari di Lop Buri
Sunset di Pattaya
Lop Buri
No comments:
Post a Comment