Siam Paragon, Siam Discovery dan MBK merupakan mall ataupun pusat membeli belah. Siam Paragon dan Siam Discovery ini keberadaan Madame Tussaud, iaitu Muzium Lilin dan Underwater World. Manakala untuk mendapatkan makanan halal anda boleh ke MBK. Di situlah terletaknya "Yan Restaurant" makanan Thai Muslim. Kebanyakan pekerjanya memang boleh bercakap Melayu dialek Kelantan. Hampir semua pekerjanya diimport dari Yala dan Naratiwat, iaitu Melayu Pattani. Terdapat juga makanan halal lain yang terdapat di MBK. Maka amda tidak akan kebulur makanan halal di sini. He he...Yana Restaurant untuk yang tidak tahan makanan pedas kena pesan awal-awal supaya kurangkan kepedasan. Salad Mangga (THB109) memang sedap namun dek kerana tak tahan pedas maka hilang rasa sedapnya. ha ha. Namun dua hari selepas itu saya datang kembali untuk merasa makanan lain dan salad mangga (kali ini saya pesan kurangkan cilinya). Kali kedua saya memesan corn soup (not recommended) harga THB129.
Siam Paragon dan Siam Discovery sememangnya agak berbeza dengan mall-mall yang terdapat di Malaysia. Lebih mesra pengguna dan mudah untuk pengguna ke situ dan setiap lantainya begitu indah dan tersusun. tidak menjadikan pengunjung seperti model catwalk untuk dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Siam Paragon, Siam Discovery dan MBK saya memang sarankan untuk anda menerjahnya. Di antara mall-mall ini juga terdapat juga dataran di tengah-tengahnya. Amat sesuai untuk berlepak bersama rakan-rakan dan beristirehat di malam hari. Satu yang menarik di sini ialah saya kurang melihat anak-anak muda Thailand yang melapak di mall-mall, di kaki lima mall atau di kawasan dataran dengan berlagak samseng.
Seterusnya, MadameTussauds Bangkok merupakan salah satu Wax Museum (muzium lilin) selebriti dunia. Anda boleh datang ke sini sekali sekala dalam hidup (cukuplah tak payah lagi nak ke wax museum kat negara lain. sama je kot) Bayarannya THB800 sekali masuk. Namun saya telah mengambil combo, iaitu wax museum, 4D cinema Ice Age dan Underwater World plus free Artwork (my hand wax) dan pringles (ada halal Malaysia he he) serta satu tin pepsi (tak minum sbb takde tanda halal) berharga THB1430. Oleh itu, kalau anda menemui promosi ini maka saya cadangkan anda ambil je. (murah sangat dah tu)
Selepas puas tangkap gambar bersama selebriti hebat dunia. Perasan sekejap seperti betul-betul berjumpa dan berbicara. Saya terus ke bahagian final stage Madame Tussauds, iaitu mendapatkan cenderamata free my own hand wax. Teruja ...saya memilih warna biru untuk hand wax saya. Siap dalam tempoh 20 minit. Sementara itu, saya terus ke bahagian tayangan 4D Ice Age. Woowwww,,,,memang 4D ha ha sampai terpercik air dan ais (dari buih2) keluar. Dalam hati berkata nasib baik tak terkeluar api dan segala senjata tajam yang digunakan. ha ha. But ....sangat menarik. Tayangan dalam 20 minit je tapi memang best. Saya kembali ke tempat membuat hand wax untuk mengambilnya. Perjalanan diteruskan untuk ke Underwater World. Walau bagaimanapun, Underwater World berada di Siam Discovery. So...kena jalan kaki dalam 5-10 minit dari Siam Paragon. Tunjuk je kupon yang telah dibeli secara combo semasa di kaunter Madame Tussauds. Ala-ala yang terdapat di mana-mana akuarium lerr. Takde yang special melainkan penguin. He he... comel-come mereka. Baru tengok penguin ni berenang dan menyelam dalam air. wowww sangat pantas dah bukan macam burung tapi macam ikan lah pulak. Selesai sahaja menjelajah ke semua tempat ini maka perut pun mula berkeroncong. So.... Halal food hunting.
So... saya meneruskan langkah ke MBK kerana khabarnya di situlah keberadaan Yana Restaurant yang terkenal itu. Yana Restaurant kebiasaannya menjadi pilihan kepada pengunjung-pengunjung Muslim di Kota Bangkok. Di situ banyak pilihan restoran Muslim dan halal yang boleh dikunjungi demi memenuhi keperluan. Halalan Toiyibban. Restoran ini terletak di 5FL dan jangan risau ada petunjuk dekat lantai untuk ke restoran tersebut. Di Restoran Yana saya memilih untuk menikmati hidangan Nasi Goreng bersama Mackerel THB179, Salad Mangga THB109 dan Chaiyen THB60 (Teh ais Thai tapi sedapppp sangat he he). Selesai menikmati hidangan Lunch + Dinner saya terus mencari surau yang terdapat dalam MBK, iaitu di tingkat 6 dan ada petunjuk di siling. Ikut sahaja petunjuk. Owhh ya gunakan eskelator yang bersebelahan dengan restoran Yana. Sebenarnya agak mahal berbanding dengan sebuah lagi restoran Thai Muslim yang dioperasikan oleh Melayu Pattani, iaitu Usman Muslim Restaurant & Hostel. Sedap dan murah serta pekerja-pekerja yang sungguh mesra. Plus ada surau lagi.
Sambung ....seterusnya... siri 7 nanti.

Baik untuk ke sana anda boleh menggunakan dua cara untuk ke sana.
Cara 1 : Boleh menggunakan BTS. Pergi mana-mana stesyen BTS dan beli tiket ke Stesyen Siam. dengan tambang THB33. Siam Paragon, Siam Discovery, MBK, Madame Tussauds dan Underwater World berada berhampiran Stesyen Siam. (Saya lebih suka membeli all day pass THB140. digunakan untuk sepanjang hari untuk BTS sahaja maksudnya tidak boleh digunakan untuk MRT dan Airport Railway. Dengan menggunakan all day pass anda boleh pergi ke mana-mana stesyen BTS).
Cara 2 : Boleh menggunakan perkhidmatan teksi ataupun grabcar dalam lingkungan THB142 dari BTS Stesyen Sarusak sebab saya menetap di area Jalan Silom. BTS paling hampir adalah Stesyen Sarusak.
Madame Tussauds
Bersama patung lilin Mantan PM yang disayangi Tun M
Siam Discovery
Siam Paragon
Underwater World
Membelakangi MBK
Hidangan Yana Restaurant nampak tak cili2 tu ha ha
Dataran Stesyen Siam
Siam Discovery
No comments:
Post a Comment