How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Friday, December 15, 2017

Kuching-Kuala Lumpur-Bangkok

Siri 2 : Kuching-KL-Bangkok

Penerbangan dari Kuching ke KL menaiki MAS 

3 jam berada di KLIA sementara menunggu penerbangan ke Bangkok pada pukul 12.05 Tengahari dan selamat tiba di Survanabhumi Airport pada jam 1.35 petang waktu Thailand (perbezaan 1 jam masa antara Malaysia dan Thailand).

Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Survanabhumi Bangkok ke Kota Bangkok sangat mudah. Dari Airport Survabhumi ke Bangkok - ambil Tren Thai Railway di Tingkat bawah sekali. Lihat papan tanda Thai Railway atau boleh tanya kepada pekerja di situ. Beli tiket di kaunter atau menggunakan mesin berharga THB4 untuk Phaya Thai.Dari Phaya Thai kena ambil tiket lain tukar tren kepada BTS ikut destinasi yang anda ingin tuju. Saya sendiri kena beli tiket ke BTS Stesyen Surasak kerana saya duduk di kawasan Silom dengan tambang THB3.

Pastikan anda mendapatkan service manual Airport Rail Link/BTS/MRT untuk kemudahan anda nanti. Hal ini memandangkan di Bangkok kemudahan paling mudah adalah menggunakan BTS dan MRT. Boleh mendapatkan all day pass dengan harga THB140 untuk BTS. Namun harus diingatkan hanya untuk BTS dan tidak MRT.



Dapatkan Airport Rail Link Service Manual ini
dari Stesyen Airport Rail Link (ARL)


Sampai di hotel pada jam 3.30 petang. ohh ya saya menetap di Miles Map Hostel di Jalan Silom. Hotel yang berhampiran dengan BTS Sarusak. Hostel ini ada menyediakan kopi secara percuma. 

ok...rehat dulu. akan bersambung perjalanan seterusnya nanti.

No comments:

Post a Comment

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...