Sekarang trip ke Khao Yai pula. Untuk ke Khao Yai perlu melalui Pak Chong. Ini bermakna perlu membeli tiket bas ke Pak Chong. Boleh saja menggunakan minivan ataupun kereta sewa. Namun saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan bas, iaitu 2 jam 30 minit dari Bangkok ke Pak Chong. Walau bagaimanapun, ketika saya bergerak ke sana pada tarikh 9 Disember 2017 kebetulan Khao Yai menjadi pusat festival muzik ketika itu. Festival Muzik yang dinamakan sebagai Mountain World Music Festival yang diadakan di dua tempat yang berbeza. Oleh itu, kesesakan jalan raya menuju ke Pak Chong dan Khao Yai ketika itu sungguh memeningkan kepala. Keadaan ini ditambah lagi dengan kesesahan penumpang dalam bas seperti ikan sardin dalam tin. Bas yang selesa pada mulanya mula penuh apabila bas ini singgah di setiap perhentian untuk mengambil penumpang. Ha ha...rasanya tidak ada di Malaysia bas yang melalui perjalanan 2-3 jam mempunyai penumpang yang berdiri tapi tidak di Thailand ha ha. Kebetulan saya duduk di sebelah sami Buddha dan tanpa rasa takut saya berbicara dengan sami tersebut berkaitan isu di Myanmar. Ohhhh mulut ni memanglah. Tapi alhamdulillah sami tersebut terbuka dan turut mengutuk perbuatan sami-sami Buddha di Myanmar yang membantai masyarakat Islam Rohingya. Malah dia mengatakan itu bukan dari ajaran Buddha. Saya kagum terhadap pendirian beliau kerana melihat isu tersebut dari sudut kemanusiaan.
Setelah 3 jam saya sampai di Pak Chong. Saya diturunkan di tepi jalan bagi yang ingin meneruskan perjalanan ke Khao Yai katanya. Turun je dari bas....mashaAllah sejuknya udara kat Pak Chong..so tak dapat bayangkan kat Khao Yai pula. Rupa-rupanya Pak Chong dan Khao Yai ini merupakan tanah tinggi tapi bentuk muka buminya yang mendatar panjang dan lebar. Kelihatan penduduk di sini mengenakan baju jaket yang menandakan udaranya yang dingin. Akhirnya tiba songthew. Naik Songthew dikenakan bayaran THB5. Ingatkan nak ke Khao Yai....rupa-rupanya menghantar ke simpang jalan je. Adoyaiiii. Tunggu lagi kenderaan lain pula. Datang sebuah lagi Songthew yang akan membawa saya ke Khao Yai dengan bayaran THB50. Akhirnya sampailah kat Khao Yai. So....ada seorang penumpang yang sama dengan saya dalam songthew terus memberitahu saya bahawa naik motorsikal dengan bayaran THB90. Jadi tanpa berfikir panjang saya pun naiklah...mencelah kereta yang turut menuju ke arah yang sama. Saya berfikir owhh macam ni jalan nak ke Palio Italia. Ikut jelah....akhirnya sampai ke destinasi dan turunlah saya dengan penuh semangat. Lepas membayar tambang saya terus ikut orang ramai menuju ke satu arah. Sungguh banyak manusia dna kenderaan pada masa itu. Jalan punya jalan argggghhhhh rupa-rupanya manusia yang entah apa ni menuju untuk menonton konsert yang akan dilangsungkan dalam hutan di Khao Yai. Manusia adohhhh banyaknya.
cara ke sini
Pergi ke Mo Chit Bus Station. Dan beli tiket ke Pak Chong di Kaunter 87 dengan harga THB133. Sampai di sana cari kenderaan untuk ke Khao Yai atau boleh gunakan bas. Namun saya sarankan bermalamlah di Khao Yai sebab sangat banyak tempat menarik. Sehari tidak cukup. Seriously. Di sana boleh menyewa motorsikal ataupun kereta.
|
Iklan besar memaparkan dua konsert besar di Khao Yai |
|
Barisan yang sangat panjang semata-mata utk dapatkan tiket konsert.
Kebanyakkan penonton membawa khemah dan selimut kemungkinan mereka bermalam di situ.
konsert diadakan selama 2 hari |
|
Kaunter tiket ke Pak Chong di Stesyen Bas Mo Chit, Bangkok |
|
Dengan baiknya membawa saya ke tempat bas. Sebab ditulis dalam tulisan siam saya tak faham. ha ha |
|
dalam bas menuju Pak Chong |
|
tiket bas ke Pak Chong |
|
Sebuah cafe di Pak Chong |
|
Bersebelahan cafe di Pak Chong |
|
Udara di sini sudah dingin |
|
di atas Sangthew |
|
di Pekan Pak Chong menunjukkan terdapatnya aktiviti lembu tenusu di sini |
|
Menuju Palio Italia |
|
Naik skuter dengan bayaran THB400 ahhh sebenarnya ada bas menuju ke Khao Yai dan juga Palio dari Pak Chong tapi tidak diberitahu mana-mana blogger sebelum ini. Saya nasihatkan anda terus ke perhentian bas Pak Chong kalau hendak ke Khao Yai ataupun Palio. Lebih menjimatkan. Kalau boleh pleaselah bermalam di Khao Yai sebab terlalu banyak tempat menarik untuk dijelajahi |
|
Sampai dah di Palio Italia |
|
Antara bangunan yang terdapat di sini. Dengan cuacanya yang dingin terasa berada di Eropah |
|
Jim Thompson ni Raja Sutera Thai. Beliau ada Yayasan yang dibina oleh nephewnya. Sbb Jim ni takde anak. Pernah berkahwin tapi takde anak, So semua hartanya diserahkan kepada nephewnya. |
|
Gerai yang terdapat di Palio |
|
Sekilo THB100. murah ke mahal? Beli tak habis dimakan sbb banyak sangat |
Gambar di bawah adalah di
CHATUSAK WEEKEND MARKET, DI HUA LAMPHONG
|
Chatusak Weekend Market. Ha ha sebenarnya balik dari Khao Yai sempat singgah lagi ke sini. Sebab apa? sbb sangat seronok dan banyak barangan yang memukau mata |
USMAN THAI MUSLIM RESTAURANT
Guna BTS Berhenti di Stesyen Phrom Phong. Restoran ini bersebelahan Marriot Marquis
Restoran ni pun ada hostel & hotel tau. boleh hubungi mereka.
|
Balik dari Chatusak Weekend Market saya terus ke Restoran ini. S
angat sedap dan menyenangkan. Surau pun ada ditingkat atas. |
No comments:
Post a Comment