How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Monday, December 18, 2017

Siri 5 : Terminal 21

 Kali ini saya akan menerangkan tentang Terminal 21 dan menjelaskan cara termudah untuk ke sana.  Terminal 21 berada di BTS Stesyen Asok. Itu adalah penanda yang mudah kalau ingin ke sana. Sebenarnya Terminal 21 ini bukanlah merupakan tempat yang esotik untuk dilawati namun bagi penggembar shopping maka disinilah tempatnya. Keunikan pusat membeli belah ini dapat dilihat setiap tingkatnya yang mempunyai tema-tema beberapa buah negara di dunia seperti Britain, USA, Itali dan lain-lain. Harga barangan yang ditawarkan tidak jauh beza dengan Malaysia. Namun anda boleh membeli ole-ole yang tidak ada di negara kita di situ. Saya sendiri membeli dua t-shirt yang memang mempunyai identiti Thailand untuk saya dan anak saya. Seperkara lagi yang best kat Terminal ini ada disediakan tempat free charge untuk telefon bimbit kita. Cuma bawa USB charger saja. 

Baik untuk ke sana anda boleh menggunakan dua cara untuk ke sana.

Cara 1 : Boleh menggunakan BTS. Pergi mana-mana stesyen BTS dan beli tiket ke Stesyen Asok. dengan tambang THB33. (Saya lebih suka membeli all day pass THB140. digunakan untuk sepanjang hari untuk BTS sahaja maksudnya tidak boleh digunakan untuk MRT dan Airport Railway. Dengan menggunakan all day pass anda boleh pergi ke mana-mana stesyen BTS).

Cara 2 : Boleh menggunakan perkhidmatan teksi ataupun grabcar dalam lingkungan THB170 dari BTS Stesyen Sarusak.

Terminal 21



Telefon bimbit kehabisan bateri anda jangan risau. 
Disediakan kerusi dan meja sementara menunggu










Sangat kreatif


No comments:

Post a Comment

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...