Kali ini saja membawa pembaca ke Jalan Silom. Sebab saya tinggal di area ini di Miles Map Hostel berdekatan dengan Stesyen BTS Sarusak dan sangat dekat dengan kuil hindu. Terdapat sebuah restoran makanan Islam yang paling hampir dengan hotel saya, iaitu Restoran Ibu. Restoran ini dioperasikan oleh orang Thai Muslim dan mereka tidak mampu berbicara dalam Bahasa Melayu. Namun tiada pilihan kadang kala restoran ini menjadi tempat untuk membasahkan tekak dan mengisi kekosongan perut. Berdekatan dengan area Jalan Silom terdapat juga sebuah masjid, iaitu Masjid Mirazzudeen. Di setiap pagi terdapat pasar pagi di sepanjang jalan di hadapan masjid tersebut. Saya juga kerap turun di awal pagi menikmati suasana jual beli yang berlaku. Terdapat juga penjual dari kalangan masyarakat Islam Thai. Di hadapan masjid terdapat penjual-penjual Thai yang menjual makanan yang tidak halal, namun toleransi tetap berlaku dalam kalangan mereka.
Jalan Silom merupakan satu area yang dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan yang terkenal di Kota Bangkok. Kawasan ini merupakan kawasan yang tidak pernah tidur.
Fresh Orange--- huh sangat-sangat fresh tau. Sedap.
Makanan tu pula berharga THB30. Sangat banyak dan sedap. Berasaskan kacang Dal
Penjual Thai Muslim di Jalan Silom
Masjid Mirazzudeen
Masyarakat Thai sangat sinonim dengan buah limau nipis
Air kelapa ini berharga THB15. Sangat murah untuk kota metropolitan.
No comments:
Post a Comment