Lop Buri merupakan sebuah daerah yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. Lop Buri sinonim dengan bunga Mataharinya. Malah kawasan ladang bunga Matahari di Lop Buri turut dikenali sebagai Khao Chiland. Serius ....di stesyen Keretapi Lop Buri kita akan disambut oleh bangunan-bangunan lama peninggalan zaman kegemilangan Siam dahulu kala. Wat-wat yang berusia ratusan tahun ini menjadi bukti dan saksi kewujudan sebuah kerajaan agung di Lop Buri suatu ketika dahulu.
keberadaan struktur binaan lama dan purba ini begitu mempersonakan. Saya dapat melihat kerja-kerja pembaikpulihan masih dilakukan oleh kerajaan Thailand terhadap struktur bersejarah ini. Struktur ini membuktikan kekuatan dan kegemilangan Thailand suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, kegemilangan Lop Buri tidak bertahan lama dan kini hanyalah sebuah pekan kecil yang menyimpan sejarah yang masih belum tersingkap sepenuhnya. Saya tinggalkan dahulu wat-wat ini kerana perlu untuk ke Ladang Bunga Matahari sebelum lewat tengahari.
Untuk ke Lop Buri, anda terlebih dahulu membeli tiket keretapi di Stesyen Keretapi Hua Lamphong. Untuk ke Hua Lamphong boleh saja menggunakan perkhidmatan BTS dan MRT ataupun teksi @ Grabcar. Saya memilih grabcar sebab malas nak bertukar-tukar laluan BTS kalau hendak ke Stesyen Kerataoi Hua Lamphong.Bayaran grab THB142 boleh laaa. Sampai je kat Hua Lamphong terus ke kaunter tiket bagitau nak beli tiket ke Lop Buri THB50 je tau perjalanan 3 jam. Jauh tu dan murah. Duduk kelas 3 je lah ya takde aircond tapi layanan angin dengan tingkap yang terbuka luas lagi mengasyikkan. Owhh ya..kalau anda nak ke Ayuttaya maka di stesyen yang sama, iaitu Hua Lamphong. Ayuttaya merupakan antara stesyen yang akan dilalui kalau hendak ke Lop Buri. Saya bercadang akan ke Ayuttaya selesai sahaja memburu si matahari kat Lop Buri. Sebenarnya sebagaimana Lop Buri, Ayuttaya juga merupakan kota lama yang tersimpan sejarah silam Thailand lebih-lebih lagi Ayuttaya merupakan ibu kota Siam sebelum Bangkok. Ibu Kota yang telah dimusnahkan oleh orang-orang Khymer.
Berbalik kepada Lop Buri. Sampai sahaja di Stesyen Lop Buri anda perlu mencari perkhidmatan untuk ke Ladang Bunga Matahari kira-kira 30 minit dari Stesyen keretapi Lop Buri. Sebenarnya kalau pergi beramai-ramai sekurang-kurangnya 4 orang lagi syok dan menjimatkan kos, Ok untuk bayaran ke ladang biasanya menggunakan sang taew, iaitu sejenis pengangkutan dari pacuan 4 roda seperti hilux yang diubah suai. Boleh juga menggunakan teksi ataupun hilux yang banyak terdapat di tempat parking kereta di stesyen Lop Buri. Ini merupakan sebahagian pendapatan mereka, iaitu mengambil penumpang untuk ke ladang bunga matahari. Saya mendapat seorang pemandu dengan bayaran THB500 untuk ke ladang dalam tempoh satu jam sahaja. Tapi memadai sebab bukannya nak tidur pun kat ladang tu he he. Sampai je kat ladang mashaAllah, Subhanallah, Allahuakbar.....sungguh indah ciptaan Ilahi. Sungguh....amat indah. Selepas sakan mengambil gambar saya harus meninggalkan daerah yang indah ini untuk meneruskan perjalanan meneroka wat purba yang terdapat di sekitar pekan Lop Buri, antaranya Monkey Wat.... sebabnya wat ini penuh dengan monyet-monyet seolah-olah menjadi kediaman mereka. Boleh dikatakan Lop Buri pekannya seolah-olah pekan monyat he he kerana di mana-mana akan dijumpai monyet. Walau bagaimanapun yang peliknya monyet ini tidak pula mengganggu penjual-penjual di Lop Buri Market yang agak begitu luas kawasannya.
Selesai sahaja berkeliling di Lop Buri Open Market saya meneruskan perjalanan ke sebuah lagi mercu tanda sejarah gemilang Thailand @ Siam, iaitu tidak lain dan tidak bukan Ayuttaya. Sebuah pekan yang begitu tenang dan seolah-olah menyimpan seribu memori yang amat menggerunkan. Seolah-olah nampak peperangan yang meletus dalam bayanganku.
Cara unruk ke Lop Buri
1. Ambil keretapi dari Hua Lamphong ke Lop Buri dengan tambangnya sebanyak THB50-tempoh masa 3 jam. Dapat je tiket terus berlari ke platform 10 kerana sampai kat stesyen pukul 6.40 keretapi nak bergerak pukul 7 pagi paling awal. Dari Lop Buri keluar je dari stesyen keretaoi Lop Buri ambil mana-mana je pengangkutan untuk ke ladang. Tambang dalam THB500 untuk satu hilux.
2. Cara kedua boleh menggunakan minivan yang berada di Monument Stesyen.
3. Cara ketiga boleh menyewa kereta di Bangkok atau mengggunakan khidmat teksi dengan bayran THB2500 (sebenarnya berbaloi kalau ramai-ramai. Sebab boleh pusing keliling ke tempat lain).
Ini Merupakan Stesyen Hua Lamphong
Sempat ambil gambar keretapinya
Ini adalah tiket ke Lop Buri klasikkan
Barang-barang penumpang sumbat je selagi ada ruang he he
Salah sebuah stesyen kecil yang disinggah
Sempat ambil gambar Thai Airlines yang begitu gah
Pembinaan Jaluran MRT dan BTS di kawasan luar bandar Thailand tau...
kawasan luar bandar sampainya. Dah macam Korea Selatan
Don Mueng Airport. So Anda boleh guna keretapu juga kalau yang naik Airasia
Singgah ke Don Mueng jimat belanja.
Stesyen-stesyen kecil
|
Kita sampai di Lop Buri dengan disambut wat purba ini |
|
Palatform di Lop Buri |
|
Wat Monyet |
|
Ke Ladang atau Khao Chiland kita |
|
MashaAllah cantiknya ciptaanMu |
|
Wat purba yang terdapat di Lop Buri |
|
Wat Monyet dari Jauh |
|
Wat yang berada di tengah-tengah bulatan |
|
Lop Buri Open Market |
|
Air kelapanya THB20. Murah gak |
|
Dalam Stesyen Keretapi Lop Buri |
|
Wat yang berada betul-betul berhadapan dengan stesyen keretapi Lop Buri Bayaran masuk THB50 ok. sama tambang dari Bangkok ke Lop Buri. Wat je pun kottttt. |
|
Sampai di Stesyen Bangkok. Sebenarnya mereka berhenti dan berdiri kerana lagu kebangsaan Thai dinyannyikan di Stesyen Keretapi Hua Lamphong |
|
Di dalam Stesyen Keretapu Hua Lamphong |
No comments:
Post a Comment