Chatuchak Weekend Market merupakan sasaran wajib pergi jika berada di Kota Bangkok. Sering kali membaca blog-blog yang menceritakan tentang kemeriahan pasar ini. Malah sering kali juga dalam hati sentiasa berkata "ala,....pasar je pun. sama je macam pasar malam kat Malaysi". He he... ternyata desakan dan keinginan untuk redah je berbaloi. Hal ini kerana pasar ini sungguh berlainan daripada pasar-pasar lain yang pernah kita pergi. Segala-galanya ada di sini ha ha.
Saya menurut langkah ke sini dengan rasa letih yang amat sebab baru balik dari Pak Chong dan Khao Yai. Kebetulan stesyen Bas Moo Chit berada berhampiran dengan BTS stesyen Moo Chit dan Chatuchak Park dan letaknya Chatuchak Weekend Market juga berdekatan dengan MOO Chot dan Chatuchak Park. so....sekurang-kurangnya pergilah menjenguk pasar ni cukuplah asalkan jenguk. Mak aiiii.... masuk je....rambang mata sebab macam-macam ada. Benda yang aku jumpa kat Malaysia dengan harga seratus lebih boleh dapat kat sini dalam RM20 duit Malaysia. Serius. Kasut dan selipar berjenama yang terpakai dan masih elok diletak di kaki dan dinikmati kemewahannya oleh si pemakai pun ada. Kasut yang menjadi tumpuan saya ulang-alik ke salah sebuah kedai di pasar ini pun ada. Timberland ... you are the one and only. Never forget you. Till we meet again. hu hu. Murah tapi sayangnya wang baht hanya cukup untuk ke Pattaya pula nanti. Tapi pasti memang pasar ini akan menjadi pilihan utama seandainya berkunjung semula ke Bangkok.
Menerusi pemerhatian saya, kebanyakan gerai dan penjual kasut dan selipar terpakai berjenama di Chatuchak Weekend Market dimonopoli oleh orang Melayu Pattani. Saya berani katakan 90 peratus penjual dan kedai menjual kasut dan selipar ini adalah masyarakat Melayu Pattani, Sungguh kagum dengan kecekalan mereka. Percayalah ditengah-tengah kota yang penuh cabaran dan dugaan mereka tetap mengekalkan identiti mereka dan menjaga keperibadian. Walau bagaimanapun, saya kagum dengan masyarakat Thailand yang begitu menghormati antara satu sama lain.
Ahad, 10 Disember 2017- pagi-pagi lagi saya sudah bergerak ke Chatuchak Weekend Market untuk kali ketiga sebenarnya ha ha. Kali ini misi saya adalah untuk mencari gerai makanan Islam di pasar ini. Di tengah kesesakan umat manusia pada masa itu saya akhirnya menemui gerai makanan ini yang berada antara section 5 dan 9. Makanan sedap dan murah pulak tu. Apa yang pasti chaiyen (teh ais Thai) saya belasah sampai 2 gelas okeyyyy.
Mula petang jumaat sehingga pukul 2 petang ahad waktu Siam. he he. Sebab beza Malaysia dan Thailand adalah satu jam.
Cara untuk ke sini:
Cara 1 : Naik BTS ke Stesyen Moo Chit. Dengan tambang THB33. Turun di situ dan berjalan sedikit turun ke exit yang bersebelahan dengan Chatucak Park. Boleh juga naik MRT berhenti di stesyen Chatuchak Park. Di sini memang lagi mudah. Keluar je dari stesyen MRT ini naik tangga bergerak sebelah kiri dan kiri. Terus berjalan ikut park@taman sehingga menjumpai pintu keluar. Di situ lah bermulanya Chatuchak Weekend Market.
Cara 2 : Sudah tentu boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau grab. Di Thailand, tambang teksi dan grab akan melambung kalau waktu cuti umum.
Tangga Tren BTS |
Di Thailand, golongan sami mendapat tempat istimewa dan diutamakan |
Chatuchak Park antara Stesyen MRT Chatuchak Park dan Chatuchak Weekend Market |
Dalam Chatuchak Weekend Market. Baru skeettttt |
Gerai Makanan Muslim dalam Chatuchak Weekend Market. Orang Melayu Pattani. Bole kece kelate. |
Budak sekolah. Buat persembahan untuk mencari rezeki. Budak kita pergi suruh mak bapak saman cikgu. Manja bukan main lagi hang na. |
Keluar dari Chatuchak Weekend Market dah ni. |
Atas Platform. Sebelah kanan itulah Chatuchak Weekend Market. Bas penuh..dan jalan terpaksa ditutup. Jumpa siri 11 nanti ya. Saya nak tunjukkan apa yang ada di stesyen BTS Phrom Pong. |
No comments:
Post a Comment