Untuk ke The Grand Palace, Wat Asun dan Wat Pho perjalanan dengan menyusuri sungai Chao Phraya dengan menggunakan bot ekspress adalah alternatif yang terbaik. Hal ini memandangkan kedudukan ketiga-tiga tarikan ini terletak di Old City ataupun kota lama.
Oleh itu, saya cadangkan anda bertanya cara untuk ke sana menerusi pekerja hotel atau hostel kediaman anda di Bangkok. Untuk traveller yang berada di hotel atau hostel sekitar Jalan Silom, Bangkok anda boleh saja berjalan kaki dalam 15 minit ke N1 Criental (N1- Pengkalan yang diselenggarakan oleh Jabatan Laut Thailand). Tambang dari N1 ke 9 Ta Chang di mana terletaknya The Grand Palace di Old City hanyalah THB3.
Selesai menjelajah The Grand Palace dan Wat Pho maka perlu pergi semula ke Jeti N9 untuk menunggu bot ekspress yang menghala balik dan bagitau penjual tiket atas bot ekspress bahawa anda ingin ke Wat Asun dengan bayaran THB1.
Bayaran masuk ke The Grand Palace THB300. Wat Pho THB50 dan Wat Asun THB50.
Untuk kembali ke jeti pertama N1, anda jangan risau kerana bot ekspress akan sentiasa berhenti di setiap jeti.
Untuk makluman semua, perjalanan dengan menyusuri Sungai Chao Phraya lebih memudahkan dan menjimatkan. Sekiranya menggunakan perkhidmatan teksi atau Grab untuk ke The Grand Palace atau Old City dalam THB275 sehala.
Jeti N1 Criental
Di atas Bot Ekspress
Jambatan yang dilalui (tak pasti apa nama jamabatan ini)
Wat Asun
Royal Thai Navy Club Berhampiran The Grand Palace
The Grand Palace
Wat Pho (Sleeping Buddha)
No comments:
Post a Comment