How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Tuesday, December 19, 2017

SIRI 8 : Jim Thomson House Museum


Jim Thomson menurut ceritanya adalah bekas tentera USA dan menetap di Thailand. Beliau dikenali dengan gelaran Raja Sutera Thai kerana obses dan rasa cintanya terhadap sutera. Menurut pegawai muzium Thailand, Jim Thompson menetap dan membina rumah daripada 100% kayu jati kerana sayangnya terhadap seni dan ingin mengubah persepsi masyarakat tradisional Thai berkaitan budaya mereka. Hal ini kerana Jim membina rumah yang berbeza dengan masyarakat tradisional Thai. Bagi masyarakat Thailand rumah dan tandas hendaklah dipisahkan bagi mengelakkan roh jahat mengusai rumah penduduk. Namun tidak bagi Jim kerana beliau telah membina rumah yang memiliki tandas di dalam rumah. Kewujudan rumah Jim masih dapat dilihat pada hari ini. Kedudukan rumah Jim yang begitu strategik di tengah metropolitan Bangkok menjadi alasan mudah untuk pengunjung ke situ. Walau bagaimanapun, kehilangan Jim di hutan Malaysia pada tahun 1967, iaitu di Cameron Highland masih menjadi misteri sehingga sekarang kerana tidak dijumpai sebarang jejak keberadaan beliau. 

Akhbar Malaysia pernah melaporkan berkenaan Jim Thompson pada tahun 2015: rujuk di bawah:

Masih dibelenggu misteri Jim Thompson
17 Oktober 2015 6:30 PM
1
JIM Thompson, satu nama yang begitu tersohor di Cameron Highlands. Walaupun Thompson memiliki empayar kain sutera Thai di Bangkok, tetapi namanya lebih terkenal di Cameron Highlands. Misteri kehilangan warga Amerika Syarikat itu masih kekal membelenggu tanah tinggi itu sehingga hari ini.
RAJA Sutera Thai, Jim Thompson lebih terkenal kerana misteri kehilangannya di Cameron Highlands yang sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya.
Berpuluh-puluh teori timbul ekoran kehilangan Thompson pada petang 26 Mac 1967. Namun, ramai penduduk Cameron Highlands lebih percaya bahawa Thompson sebenarnya menghilangkan diri dan menukar identitinya agar tidak dikenali dan kemudian pulang ke Amerika Syarikat.
Bagi anak jati Cameron Highlands yang juga Pengurus Muzium Time Tunnel, See Kok Shan, 52, beliau percaya Thompson sebenarnya menghilangkan diri bagi mengelak dijejaki kerana bekas tentera itu dipercayai merupakan seorang agen perisikan CIA yang mempunyai ramai musuh.
“Itu adalah teori yang relevan dan masuk akal. Jika dia mati di dalam hutan, mustahil tiada satupun cebisan mayat dijumpai sedangkan ribuan orang telah mencarinya pada masa dia dilaporkan hilang,” katanya kepada S2.
Kok Shan berkata, pelbagai teori wujud mengenai kehilangan Thompson, namun tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap raja sutera Thai itu. Teori hanya kekal sebagai teori.
“Ada juga laporan yang mengatakan orang awam telah ternampak kelibat Thompson di Amerika Syarikat selepas dia dilaporkan hilang di Cameron Highlands. Namun tiada pengesahan dibuat sehingga kini,” katanya.
Apapun, kata Kok Shan, misteri Thompson telah menyebabkan Cameron Highlands menjadi tempat yang terkenal di dunia. Bukan sedikit pasukan mencari yang dikerah dan yang turun membantu untuk mencari Thompson sejurus selepas kehilangannya pada 1967 itu.
Maka tidak hairan, sehingga hari ini masih ramai pelancong yang obses mengenai misteri itu datang ke Moonlight Bungalow bagi melihat sendiri tempat terakhir Thompson dilaporkan dilihat sebelum dia hilang.

Kredit : Utusan Malaysia


Untuk ke Jim Thompson House

Cara 1: Naik BTS beli tiket ke Stesyen Siam. Disarankan beli all day pass THB140. Boleh pergi mana2 laluan BTS sampai tengahmalam. keluar mausk keluar masuk pun takpe. sebab sekali naik hanya guna THB1 sahaja. maksudnya anda mempunyai 140 kali penggunaan. (tanya kat officer yang ada kat stesyen untuk ke Jim Thompson (lupa pulak exit sebelah mana hari tu. sorry ye)

Cara 2 : Naik teksi atau grab tambang dalam THB142-147



Saja nak tunjuk. Ini adalah all day pass THB140 boleh pg mana-mana laluan BTS sampai pengsan

jalan menuju ke Jim Thompson House di Area BTS Stesyen Siam

Kawasan Rumah Jim





Sempat ambil gambar satu dalam rumah Jim. Sebenarnya tidak dibenarkan ok. Semua kamera dan beg kena simpan dalam loker yang disediakan oleh pihak muzium





proses mengeluarkan benang sutera daripada ulat sutera. menarik.

Perkampungan Thai Muslim berhadapan dengan rumah Jim dan dipisahkan dengan terusan. Amat menarik untuk dikaji dan dikatakan Jim akan menyukai suasana kampung Thai Muslim



Kelaparan dan kebetulan Jim House berhampiran dengan MBK. So singgah kat Yana Restaurant isi perut. Menu adalah Corn Soup yang dikatakan sedap dan recommended ohhh no... please jangan bazirkan THB109 untuk menu ni. Langsung tak sedap. Sedap lagi mushroom Soup Pizza Hut.

No comments:

Post a Comment

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...