How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Thursday, December 21, 2017

SIRI 12 : STESYEN BTS PHROM PHONG

Rasanya perlu bagi saya untuk memberikan penjelasan tentang keistimewaan kawasan BTS Stesyen Phrom Phong ini. Persinggahan di sini adalah secara tidak sengaja. Semuanya disebabkan keinginan untuk makan di Usman Thai Muslim Restaurant. Mula-mula ke sini saya menggunakan grab keranan malas untuk naik turun tren. So... pengangkutan paling mudah asalkan sanggup untuk mengeluarkan duit lebih. (akan bersambung.......)



Emporium merupakan Shopping Mall mewah yang terdapat di area Phrom Phong. Mall ini boleh saya samakan seperti Pavillion ataupun Suria KLCC



Di antara bangunan mall Emporium dan Equator

Antara Mall Emporium dan Equator






Di bawah Stesyen BTS Phrom Pong. Protes yang dilakukan oleh sekumpulan masyarakat.

Taman yang terdapat bersebalahan Stesyen BTS Phrom Phong dan Hotel Marriot Marquis.
Kawasan park ini tempat masyarakat sekitar untuk beriadah. Ini merupakan salah satu mercu tanda yang
terdapat di park ini. 



Muzium Dinosaur pun ada dekat area ini. kat tepi jalan besar je, 

SIRI 11 : JALAN SILOM, BANGKOK

Kali ini saja membawa pembaca ke Jalan Silom. Sebab saya tinggal di area ini di Miles Map Hostel berdekatan dengan Stesyen BTS Sarusak dan sangat dekat dengan kuil hindu. Terdapat sebuah restoran makanan Islam yang paling hampir dengan hotel saya, iaitu Restoran Ibu. Restoran ini dioperasikan oleh orang Thai Muslim dan mereka tidak mampu berbicara dalam Bahasa Melayu. Namun tiada pilihan kadang kala restoran ini menjadi tempat untuk membasahkan tekak dan mengisi kekosongan perut. Berdekatan dengan area Jalan Silom terdapat juga sebuah masjid, iaitu Masjid Mirazzudeen. Di setiap pagi terdapat pasar pagi di sepanjang jalan di hadapan masjid tersebut. Saya juga kerap turun di awal pagi menikmati suasana jual beli yang berlaku. Terdapat juga penjual dari kalangan masyarakat Islam Thai. Di hadapan masjid terdapat penjual-penjual Thai yang menjual makanan yang tidak halal, namun toleransi tetap berlaku dalam kalangan mereka.

Jalan Silom merupakan satu area yang dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan yang terkenal di Kota Bangkok. Kawasan ini merupakan kawasan yang tidak pernah tidur. 

Fresh Orange--- huh sangat-sangat fresh tau. Sedap.
Makanan tu pula berharga THB30. Sangat banyak dan sedap. Berasaskan kacang Dal


Penjual Thai Muslim di Jalan Silom



Masjid Mirazzudeen


Masyarakat Thai sangat sinonim dengan buah limau nipis



Air kelapa ini berharga THB15. Sangat murah untuk kota metropolitan.


Wednesday, December 20, 2017

SIRI 10 : CHATUCHAK WEEKEND MARKET, BANGKOK

Chatuchak Weekend Market merupakan sasaran wajib pergi jika berada di Kota Bangkok. Sering kali membaca blog-blog yang menceritakan tentang kemeriahan pasar ini. Malah sering kali juga dalam hati sentiasa berkata "ala,....pasar je pun. sama je macam pasar malam kat Malaysi". He he... ternyata desakan dan keinginan untuk redah je berbaloi. Hal ini kerana pasar ini sungguh berlainan daripada pasar-pasar lain yang pernah kita pergi. Segala-galanya ada di sini ha ha. 

Saya menurut langkah ke sini dengan rasa letih yang amat sebab baru balik dari Pak Chong dan Khao Yai. Kebetulan stesyen Bas Moo Chit berada berhampiran dengan  BTS stesyen Moo Chit dan Chatuchak Park dan letaknya Chatuchak Weekend Market juga berdekatan dengan MOO Chot dan Chatuchak Park.  so....sekurang-kurangnya pergilah menjenguk pasar ni cukuplah asalkan jenguk. Mak aiiii.... masuk je....rambang mata sebab macam-macam ada. Benda yang aku jumpa kat Malaysia dengan harga seratus lebih boleh dapat kat sini dalam RM20 duit Malaysia. Serius. Kasut dan selipar berjenama yang terpakai dan masih elok diletak di kaki dan dinikmati kemewahannya oleh si pemakai pun ada. Kasut yang menjadi tumpuan saya ulang-alik ke salah sebuah kedai di pasar ini pun ada. Timberland ... you are the one and only. Never forget you. Till we meet again. hu hu. Murah tapi sayangnya wang baht hanya cukup untuk ke  Pattaya pula nanti. Tapi pasti memang pasar ini akan menjadi pilihan utama seandainya berkunjung semula ke Bangkok. 

Menerusi pemerhatian saya, kebanyakan gerai dan penjual kasut dan selipar terpakai berjenama di Chatuchak Weekend Market dimonopoli oleh orang Melayu Pattani. Saya berani katakan 90 peratus penjual dan kedai menjual kasut dan selipar ini adalah masyarakat Melayu Pattani, Sungguh kagum dengan kecekalan mereka. Percayalah ditengah-tengah kota yang penuh cabaran dan dugaan mereka tetap mengekalkan identiti mereka dan menjaga keperibadian. Walau bagaimanapun, saya kagum dengan masyarakat Thailand yang begitu menghormati antara satu sama lain. 

Ahad, 10 Disember 2017- pagi-pagi lagi saya sudah bergerak ke Chatuchak Weekend Market untuk kali ketiga sebenarnya ha ha. Kali ini misi saya adalah untuk mencari gerai makanan Islam di pasar ini. Di tengah kesesakan umat manusia pada masa itu saya akhirnya menemui gerai makanan ini yang berada antara section 5 dan 9. Makanan sedap dan murah pulak tu. Apa yang pasti chaiyen (teh ais Thai) saya belasah sampai 2 gelas okeyyyy. 

Mula petang jumaat sehingga pukul 2 petang ahad waktu Siam. he he. Sebab beza Malaysia dan Thailand adalah satu jam.

Cara untuk ke sini:

Cara 1 : Naik BTS ke Stesyen Moo Chit. Dengan tambang THB33. Turun di situ dan berjalan sedikit turun ke exit yang bersebelahan dengan Chatucak Park. Boleh juga naik MRT berhenti di stesyen Chatuchak Park. Di sini memang lagi mudah. Keluar je dari stesyen MRT ini naik tangga bergerak sebelah kiri dan kiri. Terus berjalan ikut park@taman sehingga menjumpai pintu keluar. Di situ lah bermulanya Chatuchak Weekend Market. 



Cara 2 : Sudah tentu boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau grab. Di Thailand, tambang teksi dan grab akan melambung kalau waktu cuti umum. 



Tangga Tren BTS

Di Thailand, golongan sami mendapat tempat istimewa dan diutamakan

Chatuchak Park antara Stesyen MRT Chatuchak Park dan Chatuchak Weekend Market

Dalam Chatuchak Weekend Market. Baru skeettttt


Gerai Makanan Muslim dalam Chatuchak Weekend Market. Orang Melayu Pattani. Bole kece kelate.


Budak sekolah. Buat persembahan untuk mencari rezeki.
Budak kita pergi suruh mak bapak saman cikgu. Manja bukan main lagi hang na.

Keluar dari Chatuchak Weekend Market dah  ni.


Atas Platform. Sebelah kanan itulah Chatuchak Weekend Market. Bas penuh..dan jalan terpaksa ditutup.



Jumpa siri 11 nanti ya. Saya nak tunjukkan apa yang ada di stesyen BTS Phrom Pong.



throwback 24 Oktober 2014

Akhirnya aku berjaya menggenggammu..... terima kasih Ya Allah, terima kasih my dear mak, son dan seluruh ahli keluarga. 3 Tahun sungguh aku dalam kesengsaraan demimu tapi semuanya berbaloi dan berbalas dengan kejayaan ini.




Bersama my dear mum.

My son, Awang Nadheer Rayyan Farris

My mum and aunt
Rombongsn reporters



My Son and nephew









Tuesday, December 19, 2017

SIRI 9 : PAK CHONG DAN KHAO YAI


Sekarang trip ke Khao Yai pula. Untuk ke Khao Yai perlu melalui Pak Chong. Ini bermakna perlu membeli tiket bas ke Pak Chong. Boleh saja menggunakan minivan ataupun kereta sewa. Namun saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan bas, iaitu 2 jam 30 minit dari Bangkok ke Pak Chong. Walau bagaimanapun, ketika saya bergerak ke sana pada tarikh 9 Disember 2017 kebetulan Khao Yai menjadi pusat festival muzik ketika itu. Festival Muzik yang dinamakan sebagai Mountain World Music Festival yang diadakan di dua tempat yang berbeza. Oleh itu, kesesakan jalan raya menuju ke Pak Chong dan Khao Yai ketika itu sungguh memeningkan kepala. Keadaan ini ditambah lagi dengan kesesahan penumpang dalam bas seperti ikan sardin dalam tin. Bas yang selesa pada mulanya mula penuh apabila bas ini singgah di setiap perhentian untuk mengambil penumpang. Ha ha...rasanya tidak ada di Malaysia bas yang melalui perjalanan 2-3 jam mempunyai penumpang yang berdiri tapi tidak di Thailand ha ha. Kebetulan saya duduk di sebelah sami Buddha dan tanpa rasa takut saya berbicara dengan sami tersebut berkaitan isu di Myanmar. Ohhhh mulut ni memanglah. Tapi alhamdulillah sami tersebut terbuka dan turut mengutuk perbuatan sami-sami Buddha di Myanmar yang membantai masyarakat Islam Rohingya. Malah dia mengatakan itu bukan dari ajaran Buddha. Saya kagum terhadap pendirian beliau kerana melihat isu tersebut dari sudut kemanusiaan. 

Setelah 3 jam saya sampai di Pak Chong. Saya diturunkan di tepi jalan bagi yang ingin meneruskan perjalanan ke Khao Yai katanya. Turun je dari bas....mashaAllah sejuknya udara kat Pak Chong..so tak dapat bayangkan kat Khao Yai pula. Rupa-rupanya Pak Chong dan Khao Yai ini merupakan tanah tinggi tapi bentuk muka buminya yang mendatar panjang dan lebar. Kelihatan penduduk di sini mengenakan baju jaket yang menandakan udaranya yang dingin. Akhirnya tiba songthew. Naik Songthew dikenakan bayaran THB5. Ingatkan nak ke Khao Yai....rupa-rupanya menghantar ke simpang jalan je. Adoyaiiii. Tunggu lagi kenderaan lain pula. Datang sebuah lagi Songthew yang akan membawa saya ke Khao Yai dengan bayaran THB50. Akhirnya sampailah kat Khao Yai. So....ada seorang penumpang yang sama dengan saya dalam songthew terus memberitahu saya bahawa naik motorsikal dengan bayaran THB90. Jadi tanpa berfikir panjang saya pun naiklah...mencelah kereta yang turut menuju ke arah yang sama. Saya berfikir owhh macam ni jalan nak ke Palio Italia. Ikut jelah....akhirnya sampai ke destinasi dan turunlah saya dengan penuh semangat. Lepas membayar tambang saya terus ikut orang ramai menuju ke satu arah. Sungguh banyak manusia dna kenderaan pada masa itu. Jalan punya jalan argggghhhhh rupa-rupanya manusia yang entah apa ni menuju untuk menonton konsert yang akan dilangsungkan dalam hutan di Khao Yai. Manusia adohhhh banyaknya. 



cara ke sini

Pergi ke Mo Chit Bus Station. Dan beli tiket ke Pak Chong di Kaunter 87 dengan harga THB133. Sampai di sana cari kenderaan untuk ke Khao Yai atau boleh gunakan bas. Namun saya sarankan bermalamlah di Khao Yai sebab sangat banyak tempat menarik. Sehari tidak cukup. Seriously. Di sana boleh menyewa motorsikal ataupun kereta. 
Iklan besar memaparkan dua konsert besar di Khao Yai

Barisan yang sangat panjang semata-mata utk dapatkan tiket konsert.
Kebanyakkan penonton membawa khemah dan selimut kemungkinan mereka bermalam di situ.
konsert diadakan selama 2 hari




Kaunter tiket ke Pak Chong di Stesyen Bas Mo Chit, Bangkok


Dengan baiknya membawa saya ke tempat bas. Sebab ditulis dalam tulisan siam saya tak faham. ha ha


dalam bas menuju Pak Chong

tiket bas ke Pak Chong

Sebuah cafe di Pak Chong

Bersebelahan cafe di Pak Chong

Udara di sini sudah dingin



di atas Sangthew

di Pekan Pak Chong menunjukkan terdapatnya aktiviti lembu tenusu di sini


Menuju Palio Italia

Naik skuter dengan bayaran THB400 ahhh sebenarnya ada bas menuju ke Khao Yai dan juga Palio dari Pak Chong tapi tidak diberitahu mana-mana blogger sebelum ini. Saya nasihatkan anda terus ke perhentian bas Pak Chong kalau hendak ke Khao Yai ataupun Palio. Lebih menjimatkan. Kalau boleh pleaselah bermalam di Khao Yai sebab terlalu banyak tempat menarik untuk dijelajahi

Sampai dah di Palio Italia

Antara bangunan yang terdapat di sini. Dengan cuacanya yang dingin terasa berada di Eropah





Jim Thompson ni Raja Sutera Thai. Beliau ada Yayasan yang dibina oleh nephewnya. Sbb Jim ni takde anak.
Pernah berkahwin tapi takde anak, So semua hartanya diserahkan kepada nephewnya.





Gerai yang terdapat di Palio






Sekilo THB100. murah ke mahal? Beli tak habis dimakan sbb banyak sangat






Gambar di bawah adalah di 

CHATUSAK WEEKEND MARKET, DI HUA LAMPHONG
Chatusak Weekend Market. Ha ha sebenarnya balik dari Khao Yai sempat singgah lagi ke sini. Sebab apa? sbb sangat seronok dan banyak barangan yang memukau mata





USMAN THAI MUSLIM RESTAURANT 
Guna BTS Berhenti di Stesyen Phrom Phong. Restoran ini bersebelahan Marriot Marquis
Restoran ni pun ada hostel & hotel tau. boleh hubungi mereka.

Balik dari Chatusak Weekend Market saya terus ke Restoran ini. S
angat sedap dan menyenangkan. Surau pun ada ditingkat atas. 


Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...