How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Monday, December 18, 2017

Siri 6 : Siam Paragon, Siam Discovery, MBK, Madame Tussaud dan Underwater World


Siam Paragon, Siam Discovery dan MBK merupakan mall ataupun pusat membeli belah. Siam Paragon dan Siam Discovery ini keberadaan Madame Tussaud, iaitu Muzium Lilin dan Underwater World. Manakala untuk mendapatkan makanan halal anda boleh ke MBK. Di situlah terletaknya "Yan Restaurant" makanan Thai Muslim. Kebanyakan pekerjanya memang boleh bercakap Melayu dialek Kelantan. Hampir semua pekerjanya diimport dari Yala dan Naratiwat, iaitu Melayu Pattani. Terdapat juga makanan halal lain yang terdapat di MBK. Maka amda tidak akan kebulur makanan halal di sini. He he...Yana Restaurant untuk yang tidak tahan makanan pedas kena pesan awal-awal supaya kurangkan kepedasan. Salad Mangga (THB109) memang sedap namun dek kerana tak tahan pedas maka hilang rasa sedapnya. ha ha. Namun dua hari selepas itu saya datang kembali untuk merasa makanan lain dan salad mangga (kali ini saya pesan kurangkan cilinya). Kali kedua saya memesan corn soup (not recommended) harga THB129. 

Siam Paragon dan Siam Discovery sememangnya agak berbeza dengan mall-mall yang terdapat di Malaysia. Lebih mesra pengguna dan mudah untuk pengguna ke situ dan setiap lantainya begitu indah dan tersusun. tidak menjadikan pengunjung seperti model catwalk untuk dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Siam Paragon, Siam Discovery dan MBK saya memang sarankan untuk anda menerjahnya. Di antara mall-mall ini juga terdapat juga dataran di tengah-tengahnya. Amat sesuai untuk berlepak bersama rakan-rakan dan beristirehat di malam hari. Satu yang menarik di sini ialah saya kurang melihat anak-anak muda Thailand yang melapak di mall-mall, di kaki lima mall atau di kawasan dataran dengan berlagak samseng. 

Seterusnya, MadameTussauds Bangkok merupakan salah satu Wax Museum (muzium lilin) selebriti dunia. Anda boleh datang ke sini sekali sekala dalam hidup (cukuplah tak payah lagi nak ke wax museum kat negara lain. sama je kot) Bayarannya THB800 sekali masuk. Namun saya telah mengambil combo, iaitu wax museum, 4D cinema Ice Age dan Underwater World plus free Artwork (my hand wax) dan pringles (ada halal Malaysia he he) serta satu tin pepsi (tak minum sbb takde tanda halal) berharga THB1430. Oleh itu, kalau anda menemui promosi ini maka saya cadangkan anda ambil je. (murah sangat dah tu)

Selepas puas tangkap gambar bersama selebriti hebat dunia. Perasan sekejap seperti betul-betul berjumpa dan berbicara. Saya terus ke bahagian final stage Madame Tussauds, iaitu mendapatkan cenderamata free my own hand wax. Teruja ...saya memilih warna biru untuk hand wax saya. Siap dalam tempoh 20 minit. Sementara itu, saya terus ke bahagian tayangan 4D Ice Age. Woowwww,,,,memang 4D ha ha sampai terpercik air dan ais (dari buih2) keluar. Dalam hati berkata nasib baik tak terkeluar api dan segala senjata tajam yang digunakan. ha ha. But ....sangat menarik. Tayangan dalam 20 minit je tapi memang best. Saya kembali ke tempat membuat hand wax untuk mengambilnya. Perjalanan diteruskan untuk ke Underwater World. Walau bagaimanapun, Underwater World berada di Siam Discovery. So...kena jalan kaki dalam 5-10 minit dari Siam Paragon. Tunjuk je kupon yang telah dibeli secara combo semasa di kaunter Madame Tussauds. Ala-ala yang terdapat di mana-mana akuarium lerr. Takde yang special melainkan penguin. He he... comel-come mereka. Baru tengok penguin ni berenang dan menyelam dalam air. wowww sangat pantas dah bukan macam burung tapi macam ikan lah pulak. Selesai sahaja menjelajah ke semua tempat ini maka perut pun mula berkeroncong. So.... Halal food hunting.

So... saya meneruskan langkah ke MBK kerana khabarnya di situlah keberadaan Yana Restaurant yang terkenal itu. Yana Restaurant kebiasaannya menjadi pilihan kepada pengunjung-pengunjung Muslim di Kota Bangkok. Di situ banyak pilihan restoran Muslim dan halal yang boleh dikunjungi demi memenuhi keperluan. Halalan Toiyibban. Restoran ini terletak di 5FL dan jangan risau ada petunjuk dekat lantai untuk ke restoran tersebut. Di Restoran Yana saya memilih untuk menikmati hidangan Nasi Goreng bersama Mackerel THB179, Salad Mangga THB109 dan Chaiyen THB60 (Teh ais Thai tapi sedapppp sangat he he). Selesai menikmati hidangan Lunch + Dinner saya terus mencari surau yang terdapat dalam MBK, iaitu di tingkat 6 dan ada petunjuk di siling. Ikut sahaja petunjuk. Owhh ya gunakan eskelator yang bersebelahan dengan restoran Yana.  Sebenarnya agak mahal berbanding dengan sebuah lagi restoran Thai Muslim yang dioperasikan oleh Melayu Pattani, iaitu Usman Muslim Restaurant & Hostel. Sedap dan murah serta pekerja-pekerja yang sungguh mesra. Plus ada surau lagi.

Sambung ....seterusnya... siri 7 nanti.


Baik untuk ke sana anda boleh menggunakan dua cara untuk ke sana.

Cara 1 : Boleh menggunakan BTS. Pergi mana-mana stesyen BTS dan beli tiket ke Stesyen Siam. dengan tambang THB33. Siam Paragon, Siam Discovery, MBK, Madame Tussauds dan Underwater World berada berhampiran Stesyen Siam. (Saya lebih suka membeli all day pass THB140. digunakan untuk sepanjang hari untuk BTS sahaja maksudnya tidak boleh digunakan untuk MRT dan Airport Railway. Dengan menggunakan all day pass anda boleh pergi ke mana-mana stesyen BTS).

Cara 2 : Boleh menggunakan perkhidmatan teksi ataupun grabcar dalam lingkungan THB142 dari BTS Stesyen Sarusak sebab saya menetap di area Jalan Silom. BTS paling hampir adalah Stesyen Sarusak.



Madame Tussauds


Bersama patung lilin Mantan PM yang disayangi Tun M













Siam Discovery


Siam Paragon




Underwater World









Membelakangi MBK


Hidangan Yana Restaurant nampak tak cili2 tu ha ha


Dataran Stesyen Siam


Siam Discovery



Siri 5 : Terminal 21

 Kali ini saya akan menerangkan tentang Terminal 21 dan menjelaskan cara termudah untuk ke sana.  Terminal 21 berada di BTS Stesyen Asok. Itu adalah penanda yang mudah kalau ingin ke sana. Sebenarnya Terminal 21 ini bukanlah merupakan tempat yang esotik untuk dilawati namun bagi penggembar shopping maka disinilah tempatnya. Keunikan pusat membeli belah ini dapat dilihat setiap tingkatnya yang mempunyai tema-tema beberapa buah negara di dunia seperti Britain, USA, Itali dan lain-lain. Harga barangan yang ditawarkan tidak jauh beza dengan Malaysia. Namun anda boleh membeli ole-ole yang tidak ada di negara kita di situ. Saya sendiri membeli dua t-shirt yang memang mempunyai identiti Thailand untuk saya dan anak saya. Seperkara lagi yang best kat Terminal ini ada disediakan tempat free charge untuk telefon bimbit kita. Cuma bawa USB charger saja. 

Baik untuk ke sana anda boleh menggunakan dua cara untuk ke sana.

Cara 1 : Boleh menggunakan BTS. Pergi mana-mana stesyen BTS dan beli tiket ke Stesyen Asok. dengan tambang THB33. (Saya lebih suka membeli all day pass THB140. digunakan untuk sepanjang hari untuk BTS sahaja maksudnya tidak boleh digunakan untuk MRT dan Airport Railway. Dengan menggunakan all day pass anda boleh pergi ke mana-mana stesyen BTS).

Cara 2 : Boleh menggunakan perkhidmatan teksi ataupun grabcar dalam lingkungan THB170 dari BTS Stesyen Sarusak.

Terminal 21



Telefon bimbit kehabisan bateri anda jangan risau. 
Disediakan kerusi dan meja sementara menunggu










Sangat kreatif


Sunday, December 17, 2017

Siri 4 : Menyususi Alunan Chao Phraya ke The Grand Palace, Wat Asun, Wat Pho

Untuk ke The Grand Palace, Wat Asun dan Wat Pho perjalanan dengan menyusuri sungai Chao Phraya dengan menggunakan bot ekspress adalah alternatif yang terbaik. Hal ini memandangkan kedudukan ketiga-tiga tarikan ini terletak di Old City ataupun kota lama. 

Oleh itu,  saya cadangkan anda bertanya cara untuk ke sana menerusi pekerja hotel atau hostel kediaman anda di Bangkok. Untuk traveller yang berada di hotel atau hostel sekitar Jalan Silom, Bangkok anda boleh saja berjalan kaki dalam 15 minit ke N1 Criental (N1- Pengkalan yang diselenggarakan oleh Jabatan Laut Thailand). Tambang dari N1 ke 9 Ta Chang di mana terletaknya The Grand Palace di Old City hanyalah THB3.

Selesai menjelajah The Grand Palace dan Wat Pho maka perlu pergi semula ke Jeti N9 untuk menunggu bot ekspress yang menghala balik dan bagitau penjual tiket atas bot ekspress bahawa anda ingin ke Wat Asun dengan bayaran THB1. 

Bayaran masuk ke The Grand Palace THB300. Wat Pho THB50 dan Wat Asun THB50.

Untuk kembali ke jeti pertama N1, anda jangan risau kerana bot ekspress akan sentiasa berhenti di setiap jeti. 

Untuk makluman semua, perjalanan dengan menyusuri Sungai Chao Phraya lebih memudahkan dan menjimatkan. Sekiranya menggunakan perkhidmatan teksi atau Grab untuk ke The Grand Palace atau Old City dalam THB275 sehala.


Jeti N1 Criental 


Di atas Bot Ekspress


Jambatan yang dilalui (tak pasti apa nama jamabatan ini)







Wat Asun



Royal Thai Navy Club Berhampiran The Grand Palace



The Grand Palace


Wat Pho (Sleeping Buddha)







Saturday, December 16, 2017

Siri 3 : Sathon Square Bangkok

Sathon Square Bangkok

Sathon Square Bangkok terletak di kawasan kedutaan-kedutaan Besar negara luar di jalan Sathon dan berdekatan dengan stesyen BTS Sala Daeng. Sathon Square amat kurang atau kemungkinan besar tidak ada yang mendedahkan kewujudannya oleh mana-mana blogger sebelum ini. 

Sathon Square bagi saya amat istimewa apabila aliran trafik di tengah-tengah bandar Bangkok seolah-olah berada di bawahnya. Malah di dataran Sathon ini juga turut meriah dengan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri. Ketika berada di sini secara tidak sengaja jelas saya amat beruntung sekali bila mana suasana ketika itu dalam keadaan yang sesuai untuk dijelajahi dan mendapatkan posisi gambar yang menarik. Matahari yang hampir terbenam dengan tiupan angin yang agak manja menjadikan perjalanan secara tidak sengaja ini menjadi amat menarik. Dataran ini menjadi satu mercu kepada jalan Sathon. 

Satu lagi yang menarik ketika berada di kawasan Sathon Square ini sudah pastinya bangunan di sekelilingnya. Bangunan di kawasan Sathon Road ini mempunyai pelbagai bentuk senibina yang begitu mengujakan intelektual anda.

Salah Sebuah Bangunan Unik Di Jalan Sathon


Sathon Square Ada Laluan Jalan Kaki untuk 
ke atas


Seolah-olah Berada di Tengah-tengah Kota Metropolitan Bangkok



Friday, December 15, 2017

Siri 3 : siri perjalanan

Saya akan menjelaskan perjalanan ini bersama perbelanjaan termasuk tambang pengangkutan dan makanan. Bagaimana cara untuk ke sana dan semuanya akan dijelaskan nanti.


Santhorn Square Bangkok

The Grand Palace

Wat Asun

Sleeping Buddha

Siam Paragon

Siam Discovery

Madame Tussaud

Underwater World Siam

Penguin 

Terminal 21

Lop Buri - Old City- Banyak Wat-wat lama.

Ayuttaya

Pak Chong

Khao Yai

Pattaya - Pantai menarik/suasana malam yang tidak mati/walking street/makanan tidak halal

Mini Siam

Thai Muslim Village Pattaya



Kuching-Kuala Lumpur-Bangkok

Siri 2 : Kuching-KL-Bangkok

Penerbangan dari Kuching ke KL menaiki MAS 

3 jam berada di KLIA sementara menunggu penerbangan ke Bangkok pada pukul 12.05 Tengahari dan selamat tiba di Survanabhumi Airport pada jam 1.35 petang waktu Thailand (perbezaan 1 jam masa antara Malaysia dan Thailand).

Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Survanabhumi Bangkok ke Kota Bangkok sangat mudah. Dari Airport Survabhumi ke Bangkok - ambil Tren Thai Railway di Tingkat bawah sekali. Lihat papan tanda Thai Railway atau boleh tanya kepada pekerja di situ. Beli tiket di kaunter atau menggunakan mesin berharga THB4 untuk Phaya Thai.Dari Phaya Thai kena ambil tiket lain tukar tren kepada BTS ikut destinasi yang anda ingin tuju. Saya sendiri kena beli tiket ke BTS Stesyen Surasak kerana saya duduk di kawasan Silom dengan tambang THB3.

Pastikan anda mendapatkan service manual Airport Rail Link/BTS/MRT untuk kemudahan anda nanti. Hal ini memandangkan di Bangkok kemudahan paling mudah adalah menggunakan BTS dan MRT. Boleh mendapatkan all day pass dengan harga THB140 untuk BTS. Namun harus diingatkan hanya untuk BTS dan tidak MRT.



Dapatkan Airport Rail Link Service Manual ini
dari Stesyen Airport Rail Link (ARL)


Sampai di hotel pada jam 3.30 petang. ohh ya saya menetap di Miles Map Hostel di Jalan Silom. Hotel yang berhampiran dengan BTS Sarusak. Hostel ini ada menyediakan kopi secara percuma. 

ok...rehat dulu. akan bersambung perjalanan seterusnya nanti.

TRAVELOG HALAL KE THAILAND

SIRI INTRO : 05 DISEMBER 2017 - 14 DISEMBER 2017

Sebenarnya perjalanan ke Bangkok/Lop Buri/ Pa Chung/Khao Yai dan Pattaya  bukanlah satu perjalanan yang dirancang dengan rapi. Untuk ke bumi Thailand ataupun Siam bukan merupakan sesuatu yang baharu kepada penulis. Pernah beberapa kali memijak kaki ke Thailand yang merupakan negeri gajah putih yang begitu terkenal dalam sektor perlancongan. Krabi dan Phuket antara pusat perlancongan Thailand yang pernah disinggahi suatu ketika dahulu. Oleh yang sedemikian perjalanan ke kota metropolitan Bangkok bukan menjadi satu masalah besar kepada penulis untuk mencari makanan halal yang melambak sebagaimana di Krabi dan Phuket. 

Andai dikatakan  saya ingin menziarahi Thailand kerana naluri maka itu jelas satu pembohongan yang maha besar. Keinginan untuk ke Bangkok dan tempat-tempat lain yang dirancang oleh saya adalah disebabkan banyak disebut backpackers. Maka saya merasakan perlu untuk menjejakkan kali ke tempat-tempat tersebut. Tiket penerbangan dan tempahan bilik hotel dilakukan hanya sebulan sebelum ke sana. Pada kali ini perjalanan saya ke luar negara berbeza dengan perjalanan sebelum ini. Mungkin saya dapat katakan kali ini agak istimewa. Hal ini memandangkan saya ke Bangkok, Thailand dengan menaiki MAS (Malaysia Airlines System) berbanding AIRASIA sebelum ini. Dengan harga tiket yang sangat murah berbanding dengan AIRASIA, tambahan pula dengan MAS saya dapat percuma bagasi 30KG dan percuma makanan sudah tentu ianya sangat berbaloi. Dengan AIRASIA yang sangat mahal ketika itu belum lagi bayaran untuk bagasi dan makanan ermmm rasanya dengan lebihan perbezaan tambang tersebut membolehkan saya untuk meneroka negara lain pula. Saya sendiri merasakan bahawa konsep tambang murah dan cogan kata basi AIRASIA "Everyone can Fly" telah lari dari konsep asalnya. Saya mengakui syarikat mana yang tidak mahu untung tapi dengan tindakan AIRASIA yang begitu berasa besar kepala maka percayalah suatu hari nanti AIRASIA akan hilang kredibilitinya. ohh ya kita tinggalkan AIRASIA yang semakin menyesakkan itu. #saya tidak dibayar oleh MAS# malah saya sebenarnya ada kenangan pahit dengan pihak MAS.

Di Thailand, iaitu Bangkok terus terang saya katakan makanan halal begitu sukar untuk diperoleh. Walau bagaimanapun terdapat beberapa restoran halal yang dimiliki orang Melayu Pattani di Kota Bangkok. Antaranya yang paling dikenali dalam blog-blog muslim traveller adalah Restoran Yana @ Yana Restaurant di MBK Mall berdekatan dengan Siam Paragon dan Siam Discovery. Ketiga-tiga pusat membeli belah ini berada di BTS Siam Station. Namun pada kali ini saya akan menerangkan pula mengenai sebuah restoran halal yang dimiliki oleh orang Melayu Pattani di Kota Bangkok dengan harga yang lebih berpatutan dan sangat sedap dinikmati tatkala berada di bumi asing.Restoran ini berhampiran dengan Marriot Marquis di Stesyen Phrom Phong, iaitu  Usman Thai Muslim Restaurant. Saya berani katakan sangat berbaloi dengan nilai wang anda dan keinginan anda. Salad Mangganya lebih sedap berbanding Yana Restaurant. Fried Beef Garlic nya sangat-sangat sedap.

....... ini hanya intro. saya akan terangkan satu persatu perjalanan ke tempat-tempat menarik di Bangkok ini nanti. InsyaAllah saya akan selitkan beberapa keping gambar untuk anda.

Gambar Bunga Matahari di Lop Buri



Sunset di Pattaya



Lop Buri

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...