Kali ini saya ingin membawa pembaca ke tenggara Bangkok, iaitu Pattaya. Perjalanan selama 3 jam dari Kota Bangkok tidak terasa lantaran keseronokan menyaksikan pemandangan di sepanjang perjalanan. Maklumlah tempat orangkan. Sebelum tu saya akan memulakan pengembaraan ke Bandar Pattaya dari hotel, iaitu Maps Miles Hostel dengan menaiki Grabcar. Sebenarnya boleh je menggunakan perkhidmatan tren BTS dekat je stesyen, iaitu stesyen Sarusak tapi disebabkan malas maka klik je aplikasi grab he he. Tambang dalam THB219. Sampai je di Moo Chit Stesyen yang agak besar itu saya terus mencari kaunter tiket untuk ke Pattaya. Sudah pastinya saya terpaksa bertanya terlebih dahulu di mana kaunternya. Mula-mula diberitahu kaunter tiket bas ke Pattaya berada di lantai 1. So... apa lagi terus naik ke tingkat 1. Tanya sana sini rupanya kaunter tiket bas ke Pattaya berada di tingkat bawah, iaitu ground floor. Setelah membeli tiket terus mencari platfom 70 untuk bas ke Pattaya. Dengan tiket bas di tangan saya terus mencari jalan keluar untuk ke platfom 70. Wowww ada depature hall juga stesyen bas ni. ha ha..ala ala airport lerrr pulak.
Ok..sambung lagi... bayangkan masa hanya ada 15 minit lagi sebelum bas bergerak. Saya dan seorang rakan mencari dari A hingga Z kedudukan platform 70. Gila lah ....penat tau. Sebab stesyen bas Moo Chit sangat besar dan kedudukan nombor-nombor platform pula nampak macam tersusun tapi sebenarnya tidak. Akhirnya kami telah sampai di platform 70 setelah bertanya untuk kali kedua dengan pemandu bas. Maka, pengajarannya di sini. kalau nak tanya pasal bas tanyalah dengan pemandu bas jangan ko tanya pulak kat pemandu kereta kebal.
Kami sampai di stesyen bas Pattaya setelah 2 jam lebih perjalanan dari Kota Bangkok. Sepanjang perjalanan ke Pattaya hanya menyaksikan kampung-kampung di kiri dan kanan dan beberapa pembangunan yang mapan pemerintah Thailand. Sampai je kat Stesyen saya terus ambil grab untuk ke hotel. Sawasdee Seaview Hotel. Mula-mula dapat pemandu grab dan saya menunggu di stesyen. pusing punya pusing mencari kedudukan dia akhirnya dia reject saya. Dia hantar menggunakan perkhidmatan msg mengatakan dia tak boleh ambik saya kerana terlalu banyak mafia. Saya pun terfikir hahhh mafia rasa macam kat Itali lah pulak ha ha. So... saya ambik grab satu lagi. Alhamdulillah pemandu grab awal-awal bagi amaran supaya saya menjauhi orang-orang yang berdekatan dengan teksi atau kereta sewa lain. Jadi saya bergerak ke kawasan yang jauh sikit. Pemandu grab menghantar msg beserta dengan no plat kereta. Akhirnya kereta yang dimaksudkan sampai....tapi saya hairan pula kenapa no plat tak sama. Saya nak dapatkan kepastian pemandu grab. akhirnya dia menunjukkan sehelai dokumen yang lengkap kepada saya. Owhh rupa-rupanya mereka terpaksa menggunakan kaedah tersebut ditakuti dapat dikesan mafia.
Selepas 15 minit dalam grab akhirnya saya sampai kat hotel. Alaaaa hotel lama tengok gambar dalam booking.com bukan main baru dan berkilat serta bersinarnya. Oleh itu....jangan percaya sangat kat gamabr ya. Tapi percayalah kepada komen-komen feedback customer.
ok...rehat dulu. nanti sambung ya.... zzzzzzzzzzzzzzzz
Selepas 15 minit dalam grab akhirnya saya sampai kat hotel. Alaaaa hotel lama tengok gambar dalam booking.com bukan main baru dan berkilat serta bersinarnya. Oleh itu....jangan percaya sangat kat gamabr ya. Tapi percayalah kepada komen-komen feedback customer.
ok...rehat dulu. nanti sambung ya.... zzzzzzzzzzzzzzzz
Bangunan bersebelahan Stesyen Bas Pattaya. Perkhidmatan untuk pelancong |
Terminal bas Pattaya |
Pantai Pattaya dengan lautnya yang jernih dan cantik. Sorry kualiti gambar tak menarik pulak |
Kalau anda duduk di situ anda perlu membeli minuman yang dijual di situ ataupun mendapat khidmat urut |
Pattaya City Walk tapi tidaklah sehebat Walking Street |
Ini adalah pintu masuk utama Walking Street. |
Menyajikan pelbagai kelab malam. Ermmm termasuklah bla bla bla |
Ada Russian Girl's Show lagi hahhhh |
Penghujung Walking Street |
Ini merupakan Bazaar Malam Pattaya yang sangat luas. |
Kedai Makan Muslim Pattaya. Petunjuk arahnya mudah. Masuk ikut lorong 7E dan Subway dari arah pantai. Teurs jalan ikut lorong dan berada paling hujung. |
Chaiyen yang sangat sedap |
Saya hanya makan Sandwich dan French Fries je |
Subhanallah Sunset yang sangat indah |
Pattaya Oldest Bar still the best he he |
Pintu Masuik untuk Ke Thai Muslim Food. Sebelum jumpa pintu gerbang ni kita akan melalui 7E dan Subway dulu |
Nenas |
Sebelum meninggalkan bumi Pattaya lunch dulu kat Thai Muslim Seafood |
No comments:
Post a Comment