How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Tuesday, January 02, 2018

Rezeki tidak pernah tersalah alamat....

Saya mohon maaf kerana belum lagi menyambung berkenaan siri 12 di BTS Phrom Phang. Penulisan kali ini tidak berkaitan dengan perjalanan saya di Thailand tetapi ingin berkongsi pengalaman terindah memperoleh rezeki tanpa disangka-sangka. Sesungguhnya takdir rezeki ini adalah untuk aku. Peristiwa ini sudah pasti memberikan pengajaran yang sungguh bermakna buat aku. Jangan putus harapan sesungguhnya Allah lebih lagi Maha Mengetahui. Ya... sesmemangnya fitrah kita manusia terus mengharapkan simpati dari Allah. Alhamdulillah diwahyukan dalam pemikiranku untuk mencapai kemenangan. 
Pada 31 Disember 2017 yang lepas, saya telah dijemput untuk menghadiri cabutan bertuah bagi semua seramai 188 orang pemenang dari semua canwangan Pasaraya H&L. Demi Allah siapa yang tidak mahukan kemenangan bukan?. Tidak terlepas juga saya. Hadiah utama yang ditawarkan RM16800 dalam bentuk baucar membeli belah di Pasaraya H&L. Sudah pastinya amat lumayan dan boleh berjimat untuk setahun kot. Dipendekkan cerita. Seramai 188 orang pemenang yang dipilih dikehendaki memilih kotak-kotak yang telah disediakan oleh pihak H&L. Setiap kotak hanya untuk 4 orang pemenang sahaja. Dalam setiap kotak telah disediakan 4 sampul surat dan peserta dikehendaki mengambil memilih sampul yang terdapat dalam kotak. Saya orang yang terakhir mengambil sampul surat tersebut. Apabila dibuka seriously saya amat sedih dalam masa yang sama redha dengan apa yang saya dapat, iaitu saya hanyalah pemenang saguhati yang tertulis nombor 132. Manakala seorang peserta/pemenang yang sebelah saya yang sama mengambil sampul surat dari kotak yang sama antara salah seorang yang terpilih sebagai finalist apabila dalam sampulnya tertera "You are the Finalist". Alangkah terkilannya saya...alangkah cemburunya saya...saya berkira-kira menyalahkan takdir.  Owhh ya salah seorang finalist adalah seorang nenek yang berusia 72 tahun ketika itu. Saya menghantar whatsapp dalam Group Family dengan memberitahu bahawa saya tidak berjaya mara ke final dan dalam group family saya memanjatkan doa semoga wanita tua tersebut memenangi hadiah utama. 
Setelah itu, semua finalists dikehendaki berada di atas pentas untuk menghadapi pusingan akhir. Manakala pemenang yang memperoleh saguhati dikehendaki berada di tempat duduk. Saya pada ketika itu tidak mampu untuk duduk. Saya masih mengharapkan kemenangan itu walaupun ianya amat mustahil kerana saya adalah pemenang saguhati. Oleh kerana saya tidak mahu duduk disebabkan kecewa saya ingin mengetahui lebih lanjut apakah gerangan hadiah saguhati yang bakal saya peroleh. Berdasarkan nombor yang terdapat di dalam sampul 132 saya dapati hadiah saguhati yang bakal saya menangi hanyalah sebuah seterika jenama faber. Lagi sekali saya menjadi manusia yang tidak mahu bersyukur. Namun saya kembalikan semangat saya bagi menyenangkan hati yang tengah kecewa dengan mendoakan semoga kemenangan ini tetap menjadi milikku. Ha ha sesuatu yang sangat mustahil. Di kepala masih mengenangkan si anak yang turut hadir memberikan support begitu juga kak long ada bersama ketika itu. Kesian dia...daddynya tidak dapat membawa kemenangan yang sentiasa didoakannya lebih seminggu yang lalu setelah mengetahui daddynya berjaya terpilih bersama 187 orang yang lain. 
Tidak ada siapa yang menduga. Pihak pengurusan mengumumkan bahawa finalist tidak cukup, iaitu hanya terdapat 5 orang sahaja sedangkan finalist sepatutnya 6 orang. Selidik punya selidik rupa-rupanya satu sampul surat tidak diambil. Ini menunjukkan bahawa terdapat pemenang yang tidak hadir pada hari tersebut. Dalam sampul tersebut rupanya "You are the finalist". Pihak pengurusan H&L akhirnya mengumumkan akan memasukkan kertas tersebut dalam belon bersama-sama ratusan belon yang lain dan semua pemenang saguhati dikehendaki untuk memilih salah satu belon yang berselerakan di atas lantai. Setelah diminta untuk berada di kawasan belon dan diarahkan untuk memilih belon, mata saya terpandang kepada sebiji belon yang agak berlainan. Belon tersebut saya ambil apabila digoncang saya dapat merasakan ada sesuatu di dalamnya. Dada saya mula berdegup kencang. Ya Allah adakah aku bakal memenangi salah satu daripada hadiah utama yang ditawarkan. Akhirnya, pihak pengurusan meminta belon yang dipegang untuk diletupkan bagi mengetahui siapakah yang bakal mengisi kekosongan salah seorang finalist. Pada ketika itu, demi Allah...saya tidak terdaya untuk meletupkan belon tersebut. Sehinggakan ada seorang peserta lain terpaksa mengajar saya untuk meletupkannya. Akhirnya.....terjatuhlah sehelai kertas kecil dari belon yang telah diletupkan. Dengan gementar dan menggigil tanganku mengambilnya dan alhamdulillah "You are the finalist" yang menjadi milikku. 
Siapa sangka.....gagal boleh mara sekali lagi dengan kuasa Allah dengan kepercayaan kepada rezeki Allah. Enam orang finalist diminta untuk membuat 3 kali pusingan roda yang tertera markah-markah. Siapa yang memperoleh markah tertinggi maka akan menjadi pemenangnya., iaitu semuanya berupa baucar membeli belah pasaraya H&L Tempat pertama RM16800 seorang pemenang, Tempat Kedua RM7200 dua orang pemenang dan Tempat Ketiga RM3800 dengan tiga orang pemenang. Saya menjadi orang yang keenam untuk membuat pusingan. Salah seorang peserta nampaknya bakal pemenang dengan markah keseluruhan 71, iaitu 8,58 dan 5. Saya tidak mengharapkan kemenangan besar sebab saya dah terlalu bersyukur untuk berada dalam kelompok finalist. Tiba masanya saya membuat pusingan. Pertamanya.....hanya 5 markah sahaja, pusingan kedua, 58 dan pusingan terakhir 8. Ini bermaksud terdapat dua orang mempunyai markah yang sama bagi memenangi hadiah utama, iaitu seorang wanita Cina dan saya. Ya Allah...aku amat menghampiri kemenangan. Aku berdoa...sekiranya rezeki ini memang untuk aku Ya Rab...maka Engkau permudahkanlah. Pusingan terakhir diperlukan bagi mendapatkan pemenang. Saya diminta untuk membuat pusingan terlebih dahulu. Dengan rela hati saya bersetuju....dengan lafaz Bismillahirahmanirahim...pusingan saya lakukan dengan kekuatan maksima he he.....roda bergerak laju....mula perlahan-lahan....ya Allah aku mula resah.....akhirnya berhenti pada angka 58. Kak long bagitau selepas itu, anakku Rayyan menjerit kegembiraan. he he. Seterusnya tiba pula wanita tersebut untuk melakukan pusingan. Roda berhenti pada angka 5. Alhamdulillah nampaknya kemenangan mutlak untukku. Terima kasih ya Allah. Pengajaran untukku....yakinlah rezeki itu adalah hak Allah.

Alhamdulillah. Sesungguhnya rezeki tidak pernah tersalah alamat.
Ada hak orang lain yang perlu saya lunaskan.

No comments:

Post a Comment

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...