How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Wednesday, January 03, 2018

Siri 12 :......Sambungan STESYEN BTS PHROM PHONG

Ini merupakan coretan sambungan siri 12 Stesyen BTS Phrom Phong. Ya....saya jarang mendengar mengenai kawasan ini dalam mana-mana blog atau medsos yang lain. Keluar sahaja dari tren saya dihamparkan dengan pembangunan fizikal yang tidak kurang kalahnya dengan mall-mall mewah yang terdapat di KL.
Emporium salah sebuah mall yang terdapat di area Phrom Phong. Sangat menarik binaannya dan suasana pusat membeli belah yang begitu nyaman dan selesa untuk membawa keluarga. Untuk pengetahuan semua, di Thailand pemeriksaan badan dilakukan di kawasan tumpuan utama seperti pusat membeli belah, stesyen MRT, BTS dan keretapi bagi memastikan keselamatan pengunjung-pengunjung. Hal ini berikutan peristiwa pengeboman di Kota Bangkok pada tahun 2017 yang menggemparkan dunia. 
Di area stesyen Phrom Phong ini bukan sahaja kita disajikan dengan pusat membeli belah yang berdiri megah dan mewah tapi turut dihamparkan dengan taman rekreasi sebaik sahaja kita turun dari exit 2 dan 4. Taman ini lebih menarik jika dikunjungi pada waktu malam. Di sekitarnya kita akan dapati warga kota melakukan aktiviti riadah, duduk di kerusi panjang yang telah disediakan malah kedapatan yang menghampar tikar sambil berbaring dan menikmati hidangan yang dibawa. Suasananya sungguh indah dan sangat menarik. Pemerintah dan pemimpin di Kota Bangkok begitu bijak dalam usaha untuk menjaga warganya. Di samping pusat membeli belah mewah...di kawasan stesyen Phrom Phong juga kita dapat lihat hotel-hotel bertaraf 5 bintang turut menjadi lambang kemewahan kawasan ini. 


Betul-betul di bawah apabila kita keluar dari stesyen BTS exit 2 Di belakang adalah pintu masuk ke taman rekreasi 

Permandangan Taman Rekreasi

Kolam di tengah taman rekreasi. Waktu malamnya lebih menarik dengan pencahayaan
dan air pancut. lupa ambik gambar. excited dan mungkin penat

Berada di area Phrom Phong. Bayar masuk mahal.....hu hu


Cara untuk ke sini :

Gunakan BTS - Beli tiket ke Stesyen BTS Phrom Phong

No comments:

Post a Comment

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...