How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Tuesday, December 19, 2017

SIRI 8 : Jim Thomson House Museum


Jim Thomson menurut ceritanya adalah bekas tentera USA dan menetap di Thailand. Beliau dikenali dengan gelaran Raja Sutera Thai kerana obses dan rasa cintanya terhadap sutera. Menurut pegawai muzium Thailand, Jim Thompson menetap dan membina rumah daripada 100% kayu jati kerana sayangnya terhadap seni dan ingin mengubah persepsi masyarakat tradisional Thai berkaitan budaya mereka. Hal ini kerana Jim membina rumah yang berbeza dengan masyarakat tradisional Thai. Bagi masyarakat Thailand rumah dan tandas hendaklah dipisahkan bagi mengelakkan roh jahat mengusai rumah penduduk. Namun tidak bagi Jim kerana beliau telah membina rumah yang memiliki tandas di dalam rumah. Kewujudan rumah Jim masih dapat dilihat pada hari ini. Kedudukan rumah Jim yang begitu strategik di tengah metropolitan Bangkok menjadi alasan mudah untuk pengunjung ke situ. Walau bagaimanapun, kehilangan Jim di hutan Malaysia pada tahun 1967, iaitu di Cameron Highland masih menjadi misteri sehingga sekarang kerana tidak dijumpai sebarang jejak keberadaan beliau. 

Akhbar Malaysia pernah melaporkan berkenaan Jim Thompson pada tahun 2015: rujuk di bawah:

Masih dibelenggu misteri Jim Thompson
17 Oktober 2015 6:30 PM
1
JIM Thompson, satu nama yang begitu tersohor di Cameron Highlands. Walaupun Thompson memiliki empayar kain sutera Thai di Bangkok, tetapi namanya lebih terkenal di Cameron Highlands. Misteri kehilangan warga Amerika Syarikat itu masih kekal membelenggu tanah tinggi itu sehingga hari ini.
RAJA Sutera Thai, Jim Thompson lebih terkenal kerana misteri kehilangannya di Cameron Highlands yang sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya.
Berpuluh-puluh teori timbul ekoran kehilangan Thompson pada petang 26 Mac 1967. Namun, ramai penduduk Cameron Highlands lebih percaya bahawa Thompson sebenarnya menghilangkan diri dan menukar identitinya agar tidak dikenali dan kemudian pulang ke Amerika Syarikat.
Bagi anak jati Cameron Highlands yang juga Pengurus Muzium Time Tunnel, See Kok Shan, 52, beliau percaya Thompson sebenarnya menghilangkan diri bagi mengelak dijejaki kerana bekas tentera itu dipercayai merupakan seorang agen perisikan CIA yang mempunyai ramai musuh.
“Itu adalah teori yang relevan dan masuk akal. Jika dia mati di dalam hutan, mustahil tiada satupun cebisan mayat dijumpai sedangkan ribuan orang telah mencarinya pada masa dia dilaporkan hilang,” katanya kepada S2.
Kok Shan berkata, pelbagai teori wujud mengenai kehilangan Thompson, namun tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap raja sutera Thai itu. Teori hanya kekal sebagai teori.
“Ada juga laporan yang mengatakan orang awam telah ternampak kelibat Thompson di Amerika Syarikat selepas dia dilaporkan hilang di Cameron Highlands. Namun tiada pengesahan dibuat sehingga kini,” katanya.
Apapun, kata Kok Shan, misteri Thompson telah menyebabkan Cameron Highlands menjadi tempat yang terkenal di dunia. Bukan sedikit pasukan mencari yang dikerah dan yang turun membantu untuk mencari Thompson sejurus selepas kehilangannya pada 1967 itu.
Maka tidak hairan, sehingga hari ini masih ramai pelancong yang obses mengenai misteri itu datang ke Moonlight Bungalow bagi melihat sendiri tempat terakhir Thompson dilaporkan dilihat sebelum dia hilang.

Kredit : Utusan Malaysia


Untuk ke Jim Thompson House

Cara 1: Naik BTS beli tiket ke Stesyen Siam. Disarankan beli all day pass THB140. Boleh pergi mana2 laluan BTS sampai tengahmalam. keluar mausk keluar masuk pun takpe. sebab sekali naik hanya guna THB1 sahaja. maksudnya anda mempunyai 140 kali penggunaan. (tanya kat officer yang ada kat stesyen untuk ke Jim Thompson (lupa pulak exit sebelah mana hari tu. sorry ye)

Cara 2 : Naik teksi atau grab tambang dalam THB142-147



Saja nak tunjuk. Ini adalah all day pass THB140 boleh pg mana-mana laluan BTS sampai pengsan

jalan menuju ke Jim Thompson House di Area BTS Stesyen Siam

Kawasan Rumah Jim





Sempat ambil gambar satu dalam rumah Jim. Sebenarnya tidak dibenarkan ok. Semua kamera dan beg kena simpan dalam loker yang disediakan oleh pihak muzium





proses mengeluarkan benang sutera daripada ulat sutera. menarik.

Perkampungan Thai Muslim berhadapan dengan rumah Jim dan dipisahkan dengan terusan. Amat menarik untuk dikaji dan dikatakan Jim akan menyukai suasana kampung Thai Muslim



Kelaparan dan kebetulan Jim House berhampiran dengan MBK. So singgah kat Yana Restaurant isi perut. Menu adalah Corn Soup yang dikatakan sedap dan recommended ohhh no... please jangan bazirkan THB109 untuk menu ni. Langsung tak sedap. Sedap lagi mushroom Soup Pizza Hut.

Siri 7 : MENGINTAI SI MATAHARI DI LOP BURI

Lop Buri merupakan sebuah daerah yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. Lop Buri sinonim dengan bunga Mataharinya. Malah kawasan ladang bunga Matahari di Lop Buri turut dikenali sebagai Khao Chiland. Serius ....di stesyen Keretapi Lop Buri kita akan disambut oleh bangunan-bangunan lama peninggalan zaman kegemilangan Siam dahulu kala. Wat-wat yang berusia ratusan tahun ini menjadi bukti dan saksi kewujudan sebuah kerajaan agung di Lop Buri suatu ketika dahulu. 

keberadaan struktur binaan lama dan purba ini begitu mempersonakan. Saya dapat melihat kerja-kerja pembaikpulihan masih dilakukan oleh kerajaan Thailand terhadap struktur bersejarah ini. Struktur ini membuktikan kekuatan dan kegemilangan Thailand suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, kegemilangan Lop Buri tidak bertahan lama dan kini hanyalah sebuah pekan kecil yang menyimpan sejarah yang masih belum tersingkap sepenuhnya. Saya tinggalkan dahulu wat-wat ini kerana perlu untuk ke Ladang Bunga Matahari sebelum lewat tengahari.

Untuk ke Lop Buri, anda terlebih dahulu membeli tiket keretapi di Stesyen Keretapi Hua Lamphong. Untuk ke Hua Lamphong boleh saja menggunakan perkhidmatan BTS dan MRT ataupun teksi @ Grabcar. Saya memilih grabcar sebab malas nak bertukar-tukar laluan BTS kalau hendak ke Stesyen Kerataoi Hua Lamphong.Bayaran grab  THB142 boleh laaa. Sampai je kat Hua Lamphong terus ke kaunter tiket bagitau nak beli tiket ke Lop Buri THB50 je tau perjalanan 3 jam. Jauh tu dan murah. Duduk kelas 3 je lah ya takde aircond tapi layanan angin dengan tingkap yang terbuka luas lagi mengasyikkan. Owhh ya..kalau anda nak ke Ayuttaya maka di stesyen yang sama, iaitu Hua Lamphong. Ayuttaya merupakan antara stesyen yang akan dilalui kalau hendak ke Lop Buri. Saya bercadang akan ke Ayuttaya selesai sahaja memburu si matahari kat Lop Buri. Sebenarnya sebagaimana Lop Buri, Ayuttaya juga merupakan kota lama yang tersimpan sejarah silam Thailand lebih-lebih lagi Ayuttaya merupakan ibu kota Siam sebelum Bangkok. Ibu Kota yang telah dimusnahkan oleh orang-orang Khymer.

Berbalik kepada Lop Buri. Sampai sahaja di Stesyen Lop Buri anda perlu mencari perkhidmatan untuk ke Ladang Bunga Matahari kira-kira 30 minit dari Stesyen keretapi Lop Buri. Sebenarnya kalau pergi beramai-ramai sekurang-kurangnya 4 orang lagi syok dan menjimatkan kos, Ok untuk bayaran ke ladang biasanya menggunakan sang taew, iaitu sejenis pengangkutan dari pacuan 4 roda seperti hilux yang diubah suai. Boleh juga menggunakan teksi ataupun hilux yang banyak terdapat di tempat parking kereta di stesyen Lop Buri. Ini merupakan sebahagian pendapatan mereka, iaitu mengambil penumpang untuk ke ladang bunga matahari. Saya mendapat seorang pemandu dengan bayaran THB500 untuk ke ladang dalam tempoh satu jam sahaja. Tapi memadai sebab bukannya nak tidur pun kat ladang tu he he. Sampai je kat ladang mashaAllah, Subhanallah, Allahuakbar.....sungguh indah ciptaan Ilahi. Sungguh....amat indah. Selepas sakan mengambil gambar saya harus meninggalkan daerah yang indah ini untuk meneruskan perjalanan meneroka wat purba yang terdapat di sekitar pekan Lop Buri, antaranya Monkey Wat.... sebabnya wat ini penuh dengan monyet-monyet seolah-olah menjadi kediaman mereka. Boleh dikatakan Lop Buri pekannya seolah-olah pekan monyat he he kerana di mana-mana akan dijumpai monyet. Walau bagaimanapun yang peliknya monyet ini tidak pula mengganggu penjual-penjual di Lop Buri Market yang agak begitu luas kawasannya.

Selesai sahaja berkeliling di Lop Buri Open Market saya meneruskan perjalanan ke sebuah lagi mercu tanda sejarah gemilang Thailand @ Siam, iaitu tidak lain dan tidak bukan Ayuttaya. Sebuah pekan yang begitu tenang dan seolah-olah menyimpan seribu memori yang amat menggerunkan. Seolah-olah nampak peperangan yang meletus dalam bayanganku.

Cara unruk ke Lop Buri

1. Ambil keretapi dari Hua Lamphong ke Lop Buri dengan tambangnya sebanyak THB50-tempoh masa 3 jam. Dapat je tiket terus berlari ke platform 10 kerana sampai kat stesyen pukul 6.40 keretapi nak bergerak pukul 7 pagi paling awal. Dari Lop Buri keluar je dari stesyen keretaoi Lop Buri ambil mana-mana je pengangkutan untuk ke ladang. Tambang dalam THB500 untuk satu hilux.

2. Cara kedua  boleh menggunakan minivan yang berada di Monument Stesyen.

3. Cara ketiga boleh menyewa kereta di Bangkok atau mengggunakan khidmat teksi dengan bayran THB2500 (sebenarnya berbaloi kalau ramai-ramai. Sebab boleh pusing keliling ke tempat lain).

Ini Merupakan Stesyen Hua Lamphong


Sempat ambil gambar keretapinya


Ini adalah tiket ke Lop Buri klasikkan


Barang-barang penumpang sumbat je selagi ada ruang he he


Salah sebuah stesyen kecil yang disinggah 



Sempat ambil gambar Thai Airlines yang begitu gah


Pembinaan Jaluran MRT dan BTS di kawasan luar bandar Thailand tau... 
kawasan luar bandar sampainya. Dah macam Korea Selatan


Don Mueng Airport. So Anda boleh guna keretapu juga kalau yang naik Airasia
Singgah ke Don Mueng jimat belanja.



Stesyen-stesyen kecil






Kita sampai di Lop Buri dengan disambut wat purba ini


Palatform di Lop Buri

Wat Monyet


Ke Ladang atau Khao Chiland kita


MashaAllah cantiknya ciptaanMu



Wat purba yang terdapat di Lop Buri

Wat Monyet dari Jauh

Wat yang berada di tengah-tengah bulatan 

Lop Buri Open Market


Air kelapanya THB20. Murah gak

Dalam Stesyen Keretapi Lop Buri



Wat yang berada betul-betul berhadapan dengan stesyen keretapi Lop Buri
Bayaran masuk THB50 ok. sama tambang dari Bangkok ke Lop Buri. Wat je pun kottttt. 


Sampai di Stesyen Bangkok. Sebenarnya mereka berhenti dan berdiri
kerana lagu kebangsaan Thai dinyannyikan di Stesyen Keretapi Hua Lamphong

Di dalam Stesyen Keretapu Hua Lamphong


Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...