Keletihan sebenarnya masih lagi menyelimuti diri. Kadang kala kerinduan di bumi jiran Matahari Terbit itu masih bermain dalam kotak fikir. Semoga ada kesempatan lagi untuk menjelajah ke Selatan Korea pula iaitu melalui Busan dan boleh menembusi Pulau Jeju. Ahhhh maknanya terpaksa lagi menempuhi 6 jam 20 minit yang memenatkan dalam kapal terbang. 13 Mei 2014, pada tarikh ini kami melakukan penerokaan kawasan-kawasan tertentu sebelum bermulanya sesi pendaftaran keesokannya dan pembentangan pada lusanya. Kami gunakan masa yang ada untuk menjelajah sekitar Daerah Dongdaemun dengan menyaksikan sendiri keindahan kawasan yang dikatakan sebagai Downtown. Kebersihan usah dipertikaikan. sememangnya bersih dan udara musim bunga yang sangat menyegarkan. ada kalanya menyata jua angin yang bertiup dingin dan menyejukkan. Kelihatannya warga Korea seperti tiada masalah menghadapi keadaan tersbeut "alah bisa tegal biasa". Telah menjadi lumrah mereka menghadapi 4 musim tidak seperti Malaysia Tanahair Ku. walaupun panas dan lembap sepanjang tahun Malaysia tetap di hati. Patriotik mesti ada untuk menjadi warga yang baik bukan kah begitu? he he...
"Kala ini tiada ungkapan seindah LAILAHAILALLAH MUHAMAD RASULULLAH. Hanya padaMu ya Allah tempat ku bersujud dan Muhammad itu pesuruhMu Rasulullah".
How to Share With Just FriendsHow to share with just friends.
Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Coretan Pertama 2021
Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...
-
Sejarah purba Sarawak suatu waktu dahulu bermula dengan penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak...
-
Lop Buri merupakan sebuah daerah yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. Lop Buri sinonim dengan bunga Mataharinya. Malah kawasan ladan...
No comments:
Post a Comment