Lama betul tak buat sambungan kisah Musim Bunga di Korea Selatan. First day.... bila kaki menjejak bumi kimchee.... Ya Allah...udaranya sungguh segar lagi menyegarkan, tambahan pula, keindahan musim bunga jelas dipamerkan dengan kembangan pelbagai jenis bunga di muka buminya. Alhamdulellah, kami tidak keseorangan malah kami disambut mesra pelajar-pelajar Malay-Indonesia Department, Hankok University di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Bas telah disediakan untuk kami. Kemersraan mereka sungguh menyenangkan. Bercakap menggunakan bahasa Indonesia sudah cukup mempersonakan. Betapa keinginan dan minat ternyata menjadi azimat kepada pecinta bahasa Melayu. Anyong Haseyo.... kami mula bersapaan. Rasa malu sendiri...orang Korea yang nak belajar Bahasa Melayu aku pulak cukap cakap hancur Bahasa Korea. ha ha... tapi aku tak kisah. Apa yang penting aku nak mereka tahu bahawa kita juga menghormati untuk mempelajari bahasa mereka. Kami bergerak hampir satu jam untuk ke President Hotel, Incheon. Sampai di perkarangan hotel, kami disambut pula, pelajar-pelajar Hankok University of Foreign Studies yang lainnya. setiap kawasan hotel akan diberikan tanggungjawab untuk setiap pelajar sebagai peneman dan pemandu arah. Ohhhh di sini bermula sedikit ribut. Kami mencari-cari Guest House yang kami telah tempah Kimchee GuestHouse. Bagaimana ni? ha ha... Pemandu teksi orang Korea pun tak tahu tempatnya. Pusing-pusing tempat yang sama. Akhirnya, baru terjumpa, rupanya terselindung di tengah-tengahy bangunan yang lain. Laluannya hanya terpaksa menggunakan kedua-dua kaki. Masalah pulak untuk membawa beg yang sarat dengan barang mentah yang kami bawa dari Malaysia. Beg dah rosak...koyak dan sangat berat. Belum lagi beg barangan......... bersambung....ngantuk dahhhh
"Kala ini tiada ungkapan seindah LAILAHAILALLAH MUHAMAD RASULULLAH. Hanya padaMu ya Allah tempat ku bersujud dan Muhammad itu pesuruhMu Rasulullah".
How to Share With Just FriendsHow to share with just friends.
Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Coretan Pertama 2021
Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...
-
Sejarah purba Sarawak suatu waktu dahulu bermula dengan penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak...
-
Lop Buri merupakan sebuah daerah yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. Lop Buri sinonim dengan bunga Mataharinya. Malah kawasan ladan...
No comments:
Post a Comment