How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Monday, March 22, 2010

Persoalan Agama: Ayat berulang tanda pesanan penting


Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

USTAZ, saya sering membaca al-Quran dengan terjemahan. Saya mendapati banyak ayat-ayat yang Allah SWT ulang-ulang dalam al-Quran. Saya ingin tahu mengapa Tuhan sering mengulang-ulang?

Jawapan:

KITAB suci al-Quran bukanlah sebuah kitab ilmiah seperti kitab-kitab lainnya yang dikenali oleh para ilmuwan. Ia adalah kitab dakwah yang turun berinteraksi dengan masyarakat. Kerana itu, pengulangan perintah dan larangannya atau kisah-kisahnya menjadi sangat wajar. Bukankah kita sering juga mengulang perintah dan cerita yang sama kepada seseorang tertentu, bila kita mengetahui bahawa dia belum melaksanakannya secara sempurna atau pesanan kita?

Tetapi sebenarnya tidaklah sebagai mana yang saudara nyatakan. Misalnya, kisah Nabi Musa yang banyak sekali ditemui dalam pelbagai surah dalam al-Quran.

Jika saudara mengamati isinya, saudara akan dapati ada perbezaan. Dan maklumat yang ada dalamnya juga tidak sepenuhnya sama.

Lebih-lebih lagi pesanan-pesanan yang terkandung di dalamnya. Sebab, dalam pelbagai kisahnya, al-Quran ingin menekankan pesanan-pesanan tertentu yang terkandung.
Biasanya, sebuah kisah mengandungi banyak pesanan yang terkandung di dalamnya, tetapi tidak dapat ditampung dalam satu-satu redaksi saja. Demikianlah antara hikmah pengulangan kisah-kisah dalam al-Quran.

No comments:

Post a Comment

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...