How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Monday, September 20, 2021

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan yang melanda dunia. Banyak kesin buruk yang menimpa negara sama ada dari aspek sosial, ekonomi malah turut memberikan kesan yang signifikan terhadap politik beberapa buah negara. 

Perubahan dari tahap pandemik kepada endemik aman membimbangkan. manusia terpaksa hidup bersama dengan covid-19 yang sangat merbahaya. Andai semua orang menjaga hak orang lain sudah pasti tiada apa yang perlu dirisaukan. namun kerakusan manusia inilah yang lebih membimbangkan berbanding dengan covid. semoga kita terus terhindar daripada bahaya pelbagai penyakit dan dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan. kamin. 

Friday, December 04, 2020

TAHUN 2020

 SETELAH SETAHUN KAKAKKU MENEMUI PENCIPTANYA PADA 03 SYAWAL 1441 KINI ABANGKU PULA TELAH DIPANGGIL PULANG PADA 04 RABIUL AWWAL 1442. SEMOGA TENANGLAH WAHAI KAKAK DAN ABANGKU DI ALAM KEKAL ABADI. SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN FIRDAUSI BUAT KAMU BERDUA. SESUNGGUHNYA AMAT BOHONGLAH AKU SEKIRANYA AKU TIDAK MERINDUI KALIAN BERDUA. 



Friday, July 19, 2019

Doakan Aku secerah mentari dan segelap malam

Tahun 2019, superti tahun-tahun sebelumnya juga agak muram. Aku cuba kuatkan hati agar tidak lari dari kenyataan dan hakikat. Berusaha untuk mengembara ke titik itu namun halangan bukan sekecil yang disangka. pelbagai cabaran dan onak duri yang perlu ku tempuhi. sesekali terpandang kejayaan orang lain rasa terdetik hilang rasa syukur. seolah-olah aku tidak pernah menikmati pemberian yang dianugerahi.

Thursday, July 18, 2019

Memori 1980-an.

Memori adalah anugerah yang terindah buat manusia. Memori menjadi peringatan dan pengajaran kepada seseorang. Tentang apa yang telah dilakukan, belum dilakukan atau menyesali setiap apa tindakan yang telah diambil. Aku memiliki memori itu. Manis, pahit, masin atau masam semuanya tersisa dalam satu bekas yang mash tersimpan rapi.

antara Kenangan yang tidak mungkin aku lupakan ketika di zaman sekolah rendah. muka comot, badan dipenuhi luka-luka kecil akibat suka bermain dalam belukar. zaman keberanian tiada tolok bandingnya. tiada rasa takut. masuk hutan keluar hutan, panjat itu panjat ini. masuk sungai walaupun haram tak tahu berenang. dan seribu macam tindakan yang pasti Baku tidak akan sanggup lakukan hari ini. terima kasih kenangan.





Monday, May 14, 2018

Survanabhumi International Airport, Bangkok

Lebih dua bulan tidak menjengok blog ini. Baru ada kelapangan sedikit. Baiklah saya akan menyambung kembali catatan lalu berkenaan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Survanabhumi, Bangkok (SIA)
Berkenaan dengan SIA, saya boleh katakan ianya merupakan sebuah lapangan terbang yang sangat mesra Muslim. Lapangan terbang ini menyediakan tempat ibadah (Surau/Musola) yang agar luas di dalamnya. Kemudahan yang disediakan di dalam surat-surau ini juga nampak jelas sebagaimana surau-surau lain di Malaysia dan ini membuktikan kesungguhan pihak berkuasa Thailand yang mengambil berat dalam urusan ibadah orang Islam. Suasana dalam surat juga amat memuaskan dan selesa untuk menunaikan ibadah dalam keadaan yang tenang.

Makanan Muslim 

pilihan Selera Muslim

Surau dalam SIA


Pintu Masuk Surau yang menarik


Jam Dinding di Dalam Surau

Tuesday, February 13, 2018

Bangkok Airport

Catatan ini nanti lebih kepada lapangan terbang Survanabhumi yang begitu mesra pengguna Muslim.

Saya akan membincangkan berkenaan Lapangan Terbang ini dalam catatan seterusnya nanti.


Terima kasih kerana membaca catatan saya.

Monday, January 15, 2018

SIRI 13 : KEMERIAHAN PATTAYA

Kali ini saya ingin membawa pembaca ke tenggara Bangkok, iaitu Pattaya. Perjalanan selama 3 jam dari Kota Bangkok tidak terasa lantaran keseronokan menyaksikan pemandangan di sepanjang perjalanan. Maklumlah tempat orangkan. Sebelum tu saya akan memulakan pengembaraan ke Bandar Pattaya dari hotel, iaitu Maps Miles Hostel dengan menaiki Grabcar. Sebenarnya boleh je menggunakan perkhidmatan tren BTS dekat je stesyen, iaitu stesyen Sarusak tapi disebabkan malas maka klik je aplikasi grab he he. Tambang dalam THB219. Sampai je di Moo Chit Stesyen yang agak besar itu saya terus mencari kaunter tiket untuk ke Pattaya. Sudah pastinya saya terpaksa bertanya terlebih dahulu di mana kaunternya. Mula-mula diberitahu kaunter tiket bas ke Pattaya berada di lantai 1. So... apa lagi terus naik ke tingkat 1. Tanya sana sini rupanya kaunter tiket bas ke Pattaya berada di tingkat bawah, iaitu ground floor. Setelah membeli tiket terus mencari platfom 70 untuk bas ke Pattaya. Dengan tiket bas di tangan saya terus mencari jalan keluar untuk ke platfom 70. Wowww ada depature hall juga stesyen bas ni. ha ha..ala ala airport lerrr pulak. 

    Ok..sambung lagi... bayangkan masa hanya ada 15 minit lagi sebelum bas bergerak. Saya dan seorang rakan mencari dari A hingga Z kedudukan platform 70. Gila lah ....penat tau. Sebab stesyen bas Moo Chit sangat besar dan kedudukan nombor-nombor platform pula nampak macam tersusun tapi sebenarnya tidak. Akhirnya kami telah sampai di platform 70 setelah bertanya untuk kali kedua dengan pemandu bas. Maka, pengajarannya di sini. kalau nak tanya pasal bas tanyalah dengan pemandu bas jangan ko tanya pulak kat pemandu kereta kebal.

Kami sampai di stesyen bas Pattaya setelah 2 jam lebih perjalanan dari Kota Bangkok. Sepanjang perjalanan ke Pattaya hanya menyaksikan kampung-kampung di kiri dan kanan dan beberapa pembangunan yang mapan pemerintah Thailand. Sampai je kat Stesyen saya terus ambil grab untuk ke hotel. Sawasdee Seaview Hotel. Mula-mula dapat pemandu grab dan saya menunggu di stesyen. pusing punya pusing mencari kedudukan dia akhirnya dia reject saya. Dia hantar menggunakan perkhidmatan msg mengatakan dia tak boleh ambik saya kerana terlalu banyak mafia. Saya pun terfikir hahhh mafia rasa macam kat Itali lah pulak ha ha. So... saya ambik grab satu lagi. Alhamdulillah pemandu grab awal-awal bagi amaran supaya saya menjauhi orang-orang yang berdekatan dengan teksi atau kereta sewa lain. Jadi saya bergerak ke kawasan yang jauh sikit. Pemandu grab menghantar msg beserta dengan no plat kereta. Akhirnya kereta yang dimaksudkan sampai....tapi saya hairan pula kenapa no plat tak sama. Saya nak dapatkan kepastian pemandu grab. akhirnya dia menunjukkan sehelai dokumen yang lengkap kepada saya. Owhh rupa-rupanya mereka terpaksa menggunakan kaedah tersebut ditakuti dapat dikesan mafia.

Selepas 15 minit dalam grab akhirnya saya sampai kat hotel. Alaaaa hotel lama tengok gambar dalam booking.com bukan main baru dan berkilat serta bersinarnya. Oleh itu....jangan percaya sangat kat gamabr ya. Tapi percayalah kepada komen-komen feedback customer.

ok...rehat dulu. nanti sambung ya.... zzzzzzzzzzzzzzzz

Bangunan bersebelahan Stesyen Bas Pattaya. Perkhidmatan untuk pelancong

Terminal bas Pattaya

Di Pattaya kalau nak menggunakan perkhidmatan Uber/Grabcar berhati-hati.
Jangan menunggu Uber/Grab berdekatan dengan perkhidmatan teksi/song thew/atau penunggang motorsikal
berjaket oren/hijau dll. Ada Mafia...sangat takut bila mendengar sendiri dari mulut pemandu Grab.

Pantai Pattaya dengan lautnya yang jernih dan cantik. Sorry kualiti gambar tak menarik pulak


Kalau anda duduk di situ anda perlu membeli minuman yang dijual di situ ataupun mendapat khidmat urut


Pattaya City Walk tapi tidaklah sehebat Walking Street

Ini adalah pintu masuk utama Walking Street.






Menyajikan pelbagai kelab malam. Ermmm termasuklah  bla bla bla









Ada Russian Girl's Show lagi hahhhh


Penghujung Walking Street



Ini merupakan Bazaar Malam Pattaya yang sangat luas. 

Kedai Makan Muslim Pattaya. Petunjuk arahnya mudah. Masuk ikut lorong 7E dan Subway dari arah pantai. Teurs jalan ikut lorong dan berada paling hujung.

Chaiyen yang sangat sedap

Saya hanya makan Sandwich dan French Fries je
Subhanallah Sunset yang sangat indah
























Pattaya Oldest Bar still the best he he

Pintu Masuik untuk Ke Thai Muslim Food. Sebelum jumpa pintu gerbang ni kita akan melalui 7E dan Subway dulu

Nenas

Bukak pintunya wowww sangat sedap wa cakap sama lu. Saya beli untuk makan sorang. Mesti tokey tu ingat saya kuat makan. Ha ha... sepatutnya untuk 3 orang makan rupanya. Banyak sangat memang sedap dan harganya yang berbaloi
THB150 je.














Sebelum meninggalkan bumi Pattaya lunch dulu kat Thai Muslim Seafood









Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...