diam tak diam, buka tutup mata, saat berganti minit, jam, hari, minggu dan bulan Ya Rab hampir menghabiskan 2 semester di UM. Ketakutan mula menyelubungi tanpa sedar menjalar lembut tanpa ku rasa sikit pun sentuhannya. Namun akhirnya terasa jua rentak tipunya. Aku leka dengan apa yang dieproleh. Aku leka dengan apa yang telah aku lakukan.
Aku perlu berlari dan tidak harus lagi berjalan sambil menikmati keindahan yang sementara. Aku perlu kuatkan larian dan langkahku. Biarkan segalanya tidak ku nikmati pada waktu-waktu ini bukankah aku mampu untuk kembali menikmati segala-galanya dengan tenang bila cita-cita dan impian tersimpan kukuh dalam genggaman.
Walau apa pun, kerisauan dan kebimbangan masih terus menghantuiku. En sha Allah..... akan aku siapkan segala data. Langkah seterusnya mengenal pasti data, cari pengukuhnya, justifikasi dan sokongan daripada sumber-sumber yang lain.
minggu depan 13 Mei 2014 akan berangkat ke Korea untuk pembentangan Seminar Antarabangsa di Hankuk University - en sha Allah sedikit data akan dibentangkan.
"Kala ini tiada ungkapan seindah LAILAHAILALLAH MUHAMAD RASULULLAH. Hanya padaMu ya Allah tempat ku bersujud dan Muhammad itu pesuruhMu Rasulullah".
How to Share With Just FriendsHow to share with just friends.
Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Coretan Pertama 2021
Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...
-
Sejarah purba Sarawak suatu waktu dahulu bermula dengan penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak...
-
Lop Buri merupakan sebuah daerah yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. Lop Buri sinonim dengan bunga Mataharinya. Malah kawasan ladan...
No comments:
Post a Comment