Tepat pada jam 2.00 pagi 13 Mei 2014 bermulalah perjalanan kami seramai 4 orang ke Seoul, Korea Selatan demi memenuhi penyampaian kertas Kerja masing-masing di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul. Sebelum itu, terdapat pelbagai pengalaman dan peristiwa yang berlaku sebelum sampainya kami ke bumi K-Pop tersebut. Ketika menunggu salah seorang rakan di KL Sentral seawal 7.00 malam, seorang daripada rakan masih dalam perjalanannya menaiki LRT dari Gombak ke Kl Sentral. Setibanya pada jam 8.30 malam, rupa-rupanya dia mengheret begnya dengan bantuan daripada seseorang yang budiman. ahhh... kesian beg pecah akibat sarat membawa muatan pelbagai makanan untuk kami di Seoul nanti. Terkesan daripada cakap-cakap betapa sukarnya untuk mendapatkan makanan halal maka kami berempat telah sepakat untuk membawa barangan makanan sendiri. Saya terus membantunya untuk menyambung tugasan bagi membawa beg tersebut. seterusnya kami meneruskan perjalanan ke KLIA 2 yang baru sahaja dibuka pada 9 Mei 2014 dengan menaiki KLIA Transit. Sampai sahaja di KLIA 2, kami menunggu seorang lagi sahabat untuk mendaftar masuk bersama-sama. Seterusnya peristiwa semasa mendaftar pula menyusul. Beg yang sarat dan pecah tadi terpaksa dikeluarkan isi perutnya sedikit kerana terlebih timbangan kerana polisinya setiap beg tidak boleh lebih daripada 32 KG. satu hal lagi terpaksa memecahkan bungkusan pada beg dan dimasukkan ke dalam beg yang lain. kira-kira 5 minit semuanya telah selesai dan berjaya mendaftar masuk. Dengan penuh kegembiraan, kami berempat masuk dan teruja kerana tak sabar menyaksikan musim bunga di Bumi Korea yang khabarnya sangat cantik dan menyegarkan. Akhirnya, alhamdulellah, kami selamat sampai di Korea pada jam 9 pagi 13 Mei 2014 dengan mengharungi perjalanan selama 6 jam 10 minit dengan menaiki penerbangan AirAsia X. Menjejak kaki kali pertama di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan
memang pengalaman yang amat bermakna. Menyaksikan dengan mata sendiri budaya korea satu keindahan. SubhanAllah. En sha Allah akan di sambung untuk seterusnya nanti...