How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Thursday, May 12, 2011

IBU@Emak@Mother

Sudah lama rasanya tidak mencoretkan apa-apa di ruangan ini. Beberapa hari lepas pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk menyambut Hari Ibu atau Mother's Day di Malaysia. Terkejut bila ditegur seorang rakan bilamana saya tidak tahu hari tersebut adalah Hari Ibu. Namun terlintas di benak fikiran apakah makna hari tersebut sebagai hari ibu. Ya Rab, bukankah hari-hari sehingga ke hari kiamat adalah Hari Ibu bagiku. Untuk menyambut dan meraikan ibu bukan hanya setakat sehari sahaja. Biarlah kasih sayang kita dengan mengenang jasa ibu bapa lahir dalam diri pada setiap masa tanpa ada batas waktu. Biarlah kita berkorban untuk ibu selagi masih ada nyawa dikandung badan. Ibu merupakan manusia yang sangat teristimewa dalam diri seseorang yang mengerti pengorbanan mereka. Yang memahami perasaan mereka setiap masa. Ibu sesungguhnya anakmu ini sangat menyayangi mu. Semoga diri mu terus dirahmati oleh Yang Maha Esa dan segala cita-cita dan doa mu disambut manis oleh Allah SWT. ameen

1 comment:

  1. wow...what a beatiful post...hehe... semua tu betul... hari2 boleh raikan hari ibu...x semestinya bila tarikh hari ibu tu je nk raikan hari ibu....hehehe...

    ReplyDelete

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...