How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Tuesday, January 19, 2010

Mereka yang ku kenal...

12.15 am....

selesa berkawan dengan pelajar-pelajar arab. pelbagai ragam sikap mereka. ada yang begitu penyabar dan ada jua yang mempunyai sikap yang kita sedia maklum. namun hakikatnya mereka begitu menghormati budaya masyarakat lain. malah mereka begitu baik dalam pergaulan. perbincangan demi perbincangan saya lakukan bersama mereka setelah satu atau dua kali permainan pingpong dijadikan sebagai satu landasan pemanas badan di kolej kediaman kami Kolej Idris al-Marbawi. memamg pada awalnya perkenalan rapat bersama mereka bermula setelah mereka mendengar aku boleh menjawab pertanyaan mereka dalam bahasa arab. keinginan ingin tahu mereka mula bertandang. maklumlah kebanyakkan orang pasti akan beranggapan bahawa aku adalah kaum cina dek kerana wajahku similar kepada cina. ha ha. kdg2 lawak jadinya. mereka kagum melihat perkembangan Islam di Malaysia. malah terkejut melihat begitu banyak institut2 Islam yang didirikan berbanding dengan mereka. ini kata mereka. aku hanya mampu menulis pernyataan yang mereka kemukakan. namun begitu perbualan kami lebih banyak dalam bahasa Inggeris tapi sekali sekala diselangi bahasa arab. ahhh aku masih boleh bercakap rupanya. bagi mereka bercakap sahaja dlm bahasa arab jangan risau pasal nahu. nah apa lagi aku pun mula kayuhan bahasa arab ku yang begitu simple. alhamdulillah mereka memahaminya dan langsung tidak ketawa begitu jauh perbezaan dengan masyarakat melayu. malah ada di antara mereka yang berani mengajak aku ke tempat mereka. aku pun tanya berapa tambangnya? mereka agak marah dan menjawab you are my guest so everythin is mine? that's our tradition. Ya Allah begitu pemurah mereka walaupun negara mereka masih diancah peperangan dan porak peranda. melalui perkenalan dengan mereka baru aku mengerti keadaan sebenar. apa yang berlaku? dan mengapa berlaku? bahkan pandangan salah masyarakat malaysia seperti aku pasti akan menutup kebenaran yang hakiki. perbualan kami terus berlarutan sehingga pukul 4.20 am. masing-masing bersalam dan mengucapkan selamat ke atas antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...