How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Monday, November 02, 2009

Perjalanan Yang Masih Berliku

pencarian kehidupan di bumi ini tidak akan terhenti. terus dan terus menyelongkar rahsia yang masih tersembunyi. apa yang ada di langit dan isi bumi menyimpan pelbagai rahsia tersendiri. manusia hanya mampu berusaha untuk menemui dan merungkai segala rahsia yang masih terus tersimpan rapi. bila tiba masanya nanti segalanya pasti akan lenyap jua dek sangkakala Ilahi. manusia yang terus tamak haloba cuba bersaing menandingi kekayaanNya. sedangkan mereka lupa segala kekayaan yang ada adalah hak dan milikNya. semuanya hanya pinjaman yang tidak mungkin akan diberikan hak kekal ketika di dunia.
manusia apabila telah berada di puncak angsana lupa untuk kembali berpijak pada bumi yang nyata. lupa akan tempat kuburan tatkala Izrael datang menjelma. lupa akan pesanan baginda Rasulullah S.A.W kepada dua perkara yang wajib dipegang agar tidak sesat selama-lamanya, sudah tentu Kalamullah al-Quran Karim dan as-Sunnah. beringatlah wahai diriku dan rakan-rakan semuslim sekalian. moga menjadi milik kita jannah Allah di Hari Pengadilan nanti. amin.....

2 comments:

  1. amin...subhanAllah!! what da great article!!!! LoLz..klu cikgu buat novel lagi bagus cikgu!!
    -Hafiz_Mohd-

    http://www.mybloghour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. thanks Hafiz.....ha ha ha.....coretan harian je...

    ReplyDelete

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...