Setiap makhluk di dunia ini hatta sekecil2 semut memohon perasaan belas drpd mahkluk lain tidak bersuara tapi yang berfikir faham akan keadaan dan situasi. Memohon belas simpati tidak perlu dilahirkan drpd peminta atau pemohon cukup pemahaman drpd kesusahan mahupun kesukaran yang dihadapi. benar, tidak dinafikan ada yang wajib mengikut prosedur atau undang2 namun perlukan prosedur dan undang2 boleh melumpuhkan kebajikan yang sepatutnya layak diperoleh. Benar dan saya tidak nafikan undang2 tiada belas dan kasihan kalau melibatkan jenayah dan tatacara yang melampau dan melepasi sempadan namun persoalannya adakah undang2 dan prosedur ini boleh terpakai dalam menafikan untuk membantu manusia lebih2 sesama warga dalam situasi yang sukar dan panik. Amat sukar untuk diterima situasi sebegini. Benarlah manusia mudah lupa diri. seolah2 tidak pernah memijak rumput di bumi. Ingatlah adakalanya kita di atas pada hari ini dan mungkin esok atau lusa kita boleh berada di bawah. Kenali diri sebelum dan selepas. kenali diri sebelum mewah kenali diri selepas mewah.
"Kala ini tiada ungkapan seindah LAILAHAILALLAH MUHAMAD RASULULLAH. Hanya padaMu ya Allah tempat ku bersujud dan Muhammad itu pesuruhMu Rasulullah".
How to Share With Just FriendsHow to share with just friends.
Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014
Tuesday, May 21, 2013
Monday, May 20, 2013
lama rasanya tidak mencoretkan apa2 dalam blog ini. tinggal hanya beberapa bulan atau mungkin beberapa minggu atau juga mungkin beberapa hari akan meninggalkan tugasan yang terpikul dibahu tanggungjawab terhadap anak bangsa. namun tanggungjawab yang tersandar dibelakang ini tidak pernah surut dan menghilang malah semakin pasang dan menimbun. tapi apa kan daya demi kebaikan pada akhirnya amat diidamkan. kadang2 rasa takut dan malu menyelubungi diri. takut disalahtafsir dan disalahertikan sbg takbur, bongkak atau juga sombong. kalau ada terselit riak dalam diri maafkanlah hambaMu ini Ya Rab. maafkan aku wahai sahabat, teman dan sanak saudara sekalian. tidak pernah terlintas dalam diri ini untuk meninggi diri ke atas rezeki yg ada. tidak pernah merasa diri ini terlalu hebat atau pandai. nauzubillah. aku menyedari siapa diri ini. budak kampung yang miskin, pengotor dan kadang kala mencuri dengan mengutip buah mempelam yg jatuh untuk dibuat sambal bagi menambah selera makan serta dikembarkan dengan telur ayam yg digoreng dituangkan setitik dua kicap yg menambah meriah kelazatannya. terima kasih mak atas makanan yg disediakan. masih lagi pasal budak ini. kadang kala duduk di tepian sungai memancing dan menangkap udang kecil bersama kawan sekampung. pernah diasingkan pernah tidak dihiraukan lantaran daripada anak seorang wanita kampung yang buta huruf. pernah dihina pernah diherdik oleh masyarakat kampung yang membeza2kan. apa salah aku. aku tak tahu. tapi sungguh kuasa kebijaksanaan Allah dalam mengatur sunatullah tiada siapa yg mampu menepis, tiada yg mampu untuk menafikan. aku bersyukur dan akur atas apa yg ada. zaman persekolahan banyak kenangan yg tidak mampu untuk aku kongsikan. banyak sangat pengalaman pahit dan manis. akulah budak itu, akulah yg dikatakan oleh mereka2 yg melihat kelemahanku tapi ada juga yg menjumpai kekuatan dalam diri ini. hingga berjumpa lagi pada coretan yg akan datang. en sha Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Coretan Pertama 2021
Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...
-
Sejarah purba Sarawak suatu waktu dahulu bermula dengan penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak...
-
Lop Buri merupakan sebuah daerah yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. Lop Buri sinonim dengan bunga Mataharinya. Malah kawasan ladan...