Islam adalah agama yang hebat dan mengagumkan. Aku sangat berbangga menjadi seorang Islam dan lahir sebagai Muslim. Islam ternyata tersebar luas di muka bumi Allah ini. Alhamdulellah Islam tersebar dengan pantas dari saat ke saat, dari minit ke minit, dari jam ke jam, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun Islam mengorak langkah. Ini sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah swt. Selagi kita bergelar Islam wajiblah kita menunaikan segala perintah Allah, Rasulullah sebagai pemimpin agung yang tiada tolak bandingnya. Salam ke atas para sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Syaidina Abu Bakar as-Siddiq, Syaidina Umar al-Khattab, Syaidina Usman al-Affan, Syaidina Ali bin Abu Thalib, Syaidatina Khadijah, Syaidatina Aisyah, Syaidatina Fatima dan lain-lainnya. Semoga kita bersama-sama mengikut jejak langkah mereka ke jalan Allah yang Maha Kuasa.
"Kala ini tiada ungkapan seindah LAILAHAILALLAH MUHAMAD RASULULLAH. Hanya padaMu ya Allah tempat ku bersujud dan Muhammad itu pesuruhMu Rasulullah".
How to Share With Just FriendsHow to share with just friends.
Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, September 29, 2010
Yahudi degil dan bermuka-muka
CONTOH fenomena kedegilan dan permusuhan bangsa Yahudi sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq ialah seperti mana yang ditegaskan oleh Yasir bi Akhtab seperti mana diceritakan oleh anak saudara kesayangannya, Safiyyah yang merupakan anak salah seorang pembesar Yahudi, Huyayy binti Akhtab.
Safiyyah berkata: "Setiap kali mereka melihat aku, pasti mereka memegang dan memelukku. Sehinggalah pada suatu hari, mereka hadir dalam satu majlis pertemuan dengan Nabi Muhammad. Iaitu dari pagi sehinggalah lewat petang barulah mereka pulang ke rumah dengan rupa wajah yang bingung dan sedih.
"Mereka langsung tidak menyapa saya berbeza dengan kelaziman yang mereka lakukan setiap kali apabila bertemu dengan saya.
"Ketika itulah saya mendengar mereka berkata sesuatu yang agak memeranjatkan juga," kata Safiyyah.
Huyyay bertanyakan kepada Yasir: "Betulkah dia orangnya? Yang sering disebut-sebut oleh para pendita dan kitab-kitab kita sebelum ini?"
"Demi Allah, dialah orangnya," kata Yasir.
"Adakah kamu benar-benar kenal dan meyakini dengan apa yang kamu percayai itu," tanya Huyyay lagi.
"Benar, kerana tanda-tanda dan alamat kenabian itu ada padanya. Memang benarlah dialah orangnya, tidak syak lagi," kata Yasir.
"Jika begitu apa yang bermain dalam fikiran mu sekarang ini dan apa yang hendak kita lakukan," kata Huyyay.
"Demi Allah, selagi hayatku masih dikandung badan, aku berazam akan memusuhi Muhammad untuk selama-lamanya," kata Yasir tegas.
Begitulah sikap Yahudi, yang sanggup bermuka-muka di hadapan baginda tetapi apabila pulang ke rumah, mereka menunjukkan belang yang sebenar.
Namun Yahudi tetap menjadi penduduk bukan Islam di Madinah yang perlu dihadapi oleh Nabi Muhammad.
Baginda mengetahui segala isi perut mereka yang sebenarnya berpura-pura itu. Lalu dengan segera satu perjanjian perlu dibuat dengan bangsa Yahudi, iaitu sebelum bangsa itu menzahirkan penentangan mereka terhadap Islam.
Perjanjian dengan kaum Yahudi itu yang secara imbas memberikan kepada mereka kebebasan mutlak dalam soal agama dan harta benda.
Ini kerana baginda tidak mengambil polisi pengusiran dan permusuhan terhadap bangsa itu. Tetapi satu perjanjian yang langsung tidak memberi jalan bagi membolehkan bangsa itu melakukan penentangan terhadap baginda dan Islam.
Lalu diadakan perjanjian dengan kaum Yahudi yang mendiami Yathrib, yang antara butir-butirnya adalah seperti berikut;
l Bangsa dan kaum Yahudi adalah satu umat bersama dengan kaum Mukmin lain terutama yang mendiami Madinah. Lalu masing-masing berhak mengamalkan agama mereka termasuklah pengikut-pengikut dan diri mereka.
l Kaum Yahudi dan umat Islam berkewajipan membiayai sendiri nafkah hidup masing-masing.
l Antara mereka hendaklah saling tolong menolong terutama memerangi mereka yang menentang piagam ini.
l Kedua-dua kaum ini hendaklah juga saling nasihat menasihati, berbuat kebaikan dan tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh memudarat diri dan orang lain.
l Masing-masing juga tidak dibenarkan sama sekali untuk membuat kesalahan terhadap orang lain tanpa sebarang alasan yang munasabah.
l Pertolongan hendaklah diberikan kepada mereka yang dizalimi tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
l Dalam keadaan suasana peperangan kaum Yahudi dan kaum Mukmin hendaklah sama-sama saling membiayai.
l Dengan piagam ini, Yathrib menjadi tanah yang dihormati.
l Sebarang masalah atau pertikaian yang dibimbangi membawa kerosakan di kalangan mereka yang memeterai piagam ini hendaklah dirujuk kepada Allah dan Nabi Muhammad sendiri.
l Kaum Musyrikin Mekah tidak boleh dilindungi dan begitu juga mereka yang menjadi tali barut kepada kaum Musyrik Mekah itu.
l Mereka yang terlibat dengan piagam ini hendaklah tolong menolong menentang mereka yang cuba menghancurkan Yathrib.
l Perjanjian ini tidak boleh dilanggar melain mereka yang zalim atau berdosa!
Dengan termeterainya perjanjian ini, maka kaum Yahudi tertakluk kepada segala isi kandungannya. Ternyata ia merupakan satu perjanjian yang memberikan keadilan kepada semua pihak dan tersembunyi seribu satu hikmah yang secara bijak direncanakan sendiri oleh Nabi Muhammad.
Bangsa Arab punca Muhammad dimusuhi
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
KISAH mengenai kaum Yahudi, dalam buku Sirah Nabawiah, yang diterjemahkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) jelas membuktikan bahawa kaum itu tidak boleh diharapkan. Mereka memandang Islam dengan pandangan yang penuh kebencian dan dendam kesumat.
Tidak menghairankan sehingga ke hari ini mereka tetap begitu.
Ini kerana nabi terakhir yang mereka tunggu-tunggu selama ini sebagaimana disebutkan dalam kitab Taurat mahupun Injil bukan daripada kalangan bangsa Yahudi tetapi berbangsa Arab.
Ini menyebabkan Yahudi tidak dapat menerima hakikat bahawa tiada lagi nabi dari kalangan mereka. Malah, kali ini terpaksa pula 'tunduk' kepada orang Arab.
Penulis buku itu, Al Mubarakfuri berkata, sebab itu sukar untuk mententeramkan fahaman kebangsaan yang terlalu menebal dan menguasai jiwa dan akal fikiran mereka.
"Sedangkan dakwah Islam pula ialah dakwah yang bertujuan menyatukan hati-hati yang tidak sehaluan serta memadamkan api permusuhan dan benci membenci antara satu sama lain.
"Dakwah Islam juga mengajak kita supaya bersikap amanah dalam segenap urusan, memakan sumber yang halal dan harta yang baik-baik sahaja," katanya.
Ini bererti kabilah-kabilah Yahudi di Yathrib juga akan disatukan di bawah prinsip-prinsip itu.
Jika itu berjaya dilakukan pastinya penduduk Yathrib akan terlepas juga akhirnya dari cengkaman Yahudi apabila kaum itu tidak lagi boleh menguasai perniagaan yang tidak adil dan amanah.
Mereka akan dihalang memiliki harta secara keuntungan besar daripada riba yang selama ini menjadi sumber utama mereka memperolehi kekayaan.
Malah ada kemungkinan kabilah-kabilah Arab yang lain akan mulai sedar lalu meminta supaya dipulangkan semula harta-harta yang diambil oleh orang Yahudi secara riba itu.
Iaitu seperti tanah dan kebun-kebun yang sebelum ini telah jatuh ke tangan bangsa tersebut.
Namun bangsa Yahudi di awal kehadiran Nabi Muhammad di Yathrib dikatakan telah mengambil kira kesemua perkara tersebut sejak mereka dapati Islam mula mendapat kedudukan yang stabil di Yathrib.
Oleh itu, mereka telah menyembunyikan permusuhan ketat mereka terhadap Islam dan Nabi Muhammad sejak baginda mula sampai di Yathrib.
Namun mereka tidak menzahirkan atau menampakkan penentangan tersebut kecuali selepas baginda dan umat Islam semakin bertapak kukuh di Yathrib sehingga dalam banyak peristiwa Yahudi sendiri sanggup menjadi musuh dalam selimut atau duri dalam daging. Mereka menjadi pengkhianat dan bersekongkol dengan musuh Islam yang sebenar, iaitu kafir Musyrikin Mekah.
Tuesday, September 28, 2010
Stupid or Smart Guys?
Ketika di Lobby Perpustakaan aku berbicara dengan beberapa orang pelajar dua pelajar Iran dan seorang pelajar yang ternyata bukan dari Malaysia tetapi ISLAM. entah tiba-tiba mereka mengatakan "why arabian so stupid loved the girl that wearing hijab and niqab". Negara-negara Arab seperti Arab Saudi, Libya, Oman, Kuwait, Yaman semuanya ketinggalan zaman. inilah yang dikatakan oleh ketiga pembawa mala petaka kepada umat Islam ini. Aku rasa nak sangat tembak mereka dengan senapang gajah. Biar mereka rasa macam mana rasa cantik dan seksi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Coretan Pertama 2021
Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...
-
Sejarah purba Sarawak suatu waktu dahulu bermula dengan penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak...
-
Lop Buri merupakan sebuah daerah yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. Lop Buri sinonim dengan bunga Mataharinya. Malah kawasan ladan...