How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Saturday, October 31, 2009

Andai kita terlupa....

Apabila kita telah hilang harga diri bererti lupalah kita pada hak empunya diri. andai kita kembali ke jalan yang diredhai teruskanlah tekad untuk bersama denganNya. sesungguhnya kita sering lupa akan keberadaan kita di dunia lantaran terlalu leka kepada yang fana tidak pada yang hakiki tidak pada yang abadi. di mana letaknya jiwa kita melainkan kepadaNya tempat memohon segala-galanya. aku jua sering melakukan kelalaian tapi apakan daya manusia mudah terlanjur ketika nafsu mengatasi iman.

bersamalah kita menuju ke jalanNya. semoga hidup kita akan terus beroleh keberkatan dan kerahmatan. Allah segala-galanya apa yang ada di langit dan di bumi.

Amin....insyaAllah

Perbezaan mazhab: Siapa betul siapa salah

Oleh PROF. DATUK DR. MAHMOOD ZUHDI ABD. MAJID


DR. MAHMOOD ZUHDI ABD. MAJID


SEORANG pembaca menulis e-mel kepada saya bertanya sama ada mazhab Wahabi betul atau salah, dan sama ada ia boleh diamalkan atau sebaliknya. Saya menjawab, mazhab itu sebahagian daripada mazhab-mazhab dalam Islam, malah ia lanjutan kepada mazhab Hambali.

Bagaimanapun di Malaysia ia tidak diperlukan kerana kita sudah ada mazhab Syafie yang terbukti sesuai dengan cara hidup kita sejak zaman berzaman lagi.

Persoalan tentang mazhab ini merupakan persoalan semasa. Ia tiba-tiba lahir setelah sekian lama masyarakat kita tidak berhadapan dengannya.

Dalam persoalan seperti ini tentu sekali ada pro dan kontranya. Kerana ia tidak bersifat hitam putih, tetapi sebaliknya kelabu. Maksudnya, persoalan yang boleh menerima hujah dan alasan sama ada untuk mengatakan ya atau tidak.

Sebenarnya perbezaan pendapat tentang mazhab sudah lama berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimanapun ia lebih bersifat sementara dan akan hilang begitu sahaja selepas beberapa ketika.

Dalam tahun 50-an pernah berbangkit perbezaan pendapat antara kaum Tua dan Kaum Muda. Sengit sekali perbezaan tersebut sampai membawa tuduh menuduh dan kadang kala berkelahi. Namun akhirnya ia hilang begitu sahaja setelah semua pihak merasa puas berbalah.

ada tahun 80-an, timbul pula persoalan tentang mazhab Syiah. Ia dicetuskan oleh kejayaan revolusi Iran di bawah pimpinan Ayatollah Khomeini.

Persoalan ini menjadi lebih hangat apabila melibatkan soal kafir mengkafir dan sebagainya. Malah ada yang masuk tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerana terlalu celupar sehingga mengancam keselamatan negara.

Bagaimanapun perbalahan ini semakin reda dengan berlalunya masa dan timbul isu-isu lain yang lebih menarik untuk diperbalahkan.

Budaya berbalah

Apa pun ceritanya, perbalahan tentang mazhab sebenarnya sebahagian daripada fenomena dalam budaya berbalah dalam masyarakat kita.

Tidak salah kalau dikatakan, masyarakat kita suka berbalah. Kalau tidak kerana mazhab, kerana politik. Kalau tidak kerana politik, kerana permainan.

Dulu sewaktu saya kecil, di Kelantan ramai orang berbalah kerana permainan kertok, permainan rebana, wau dan sebagainya. Perbalahan itu kemudiannya terhenti dengan begitu sahaja bila timbul isu-isu lain, termasuk politik antara Pas dan UMNO.

Apabila berlaku kerajaan campuran dan kemudiannya penubuhan Barisan Nasional (BN) yang diusahakan bersama oleh Perikatan dan PAS, perbalahan UMNO-PAS pun hapus dengan serta merta.

Hangat

Apabila PAS ditendang keluar daripada BN, perbalahan antara dua parti Melayu Islam itu pun marak kembali. Malah begitu hangat sekali seolah-olah mereka tidak pernah berkawan.

Maksudnya, persoalan yang ada di hadapan kita ialah bukan soal Wahabi atau Salafi atau Syiah atau Ahli Sunnah Wal-Jama'ah. Apa yang sebenarnya ialah soal budaya suka berbalah sesama sendiri.

Maksudnya, sesama Melayu dan Islam. Dalam sejarah kejatuhan kerajaan Melaka ada dicatatkan, salah satu sebab kota gagah itu jatuh ke tangan Portugis ialah kerana adanya perbalahan dalaman di kalangan orang Melaka sendiri. Mereka asyik berbalah sehingga pertahanan negara terabai.

*Di atas tadi hanyalah petikan sebahagian daripada tulisan Dr. Mahmood yang disiarkan oleh majalah Al Islam keluaran November 2009.

Tulisan Dr. Mahmood itu kemudiannya berkisar tentang persoalan-persoalan yang menarik, antaranya mengapa dahulu terdapat perbezaan pendapat antara para sahabat, Sisters in Islam diibaratkan sebagai pokok yang tumbuh tanpa ditanam dan tiga sebab mengapa Wahabi tidak sesuai diamalkan di negara ini.

Tulisan beliau itu sangat menarik, dan anda perlu membacanya sehingga habis. Selain tulisan di atas, artikel-artikel lain yang menarik dan perlu dibaca adalah:

*Sejadah mula bersolat. Kenapa?

*Tiga perkara kenapa Allah turunkan bencana - oleh Dr. Yusuf Qaradawi

*Ikan yang tertera tulisan 'Muhammad Rasulullah' di badannya

*Mas kahwin untuk si janda

*Kenapa biarkan iklan nampak ketiak?

*Diterimakah amalan kalau masuk Islam kerana berkahwin?

Monday, October 26, 2009

Cara jawab salam bukan Islam




ISLAM tidak melarang umatnya menjalin hubungan yang baik dengan penganut agama lain terutama dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia. - Gambar hiasan

Soalan:

SAYA selalu mengalami masalah di dalam pergaulan dengan rakan-rakan yang bukan Islam. Mohon penjelasan ustaz pendekatan terbaik yang disyorkan Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW agar kekurangan yang ada tidak menimbulkan salah sangka terhadap agama yang suci ini akibat dari kejahilan saya.

Apa yang perlu dilakukan bila bertemu dengan sahabat yang bukan Islam, selalu kedengaran ucapan assalamualaikum tidak dibolehkan dan ucapan selamat dalam bahasa orang bukan islam tidak dibolehkan contohnya Vanakam (Tamil) Sastriakal (Punjabi) dam sebagainya?

Jawapan:

Seperti yang dijelaskan oleh para ulama di antaranya Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin menjawab: Mendahului ucapan salam kepada orang bukan Islam adalah haram hukumnya.

Sebab Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu mereka di suatu jalan, maka paksalah mereka kepada jalannya yang paling sempit. (riwayat Muslim)

Tetapi apabila mereka mengucapkan salam kepada kita, maka kita wajib menjawabnya, berdasarkan kepada umumnya firman Allah yang bermaksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa': 86).

Soalnya, salam yang diucapkan oleh orang bukan Islam adalah lafaznya bermaksud baik, bukan cercaan dan bukan pula doa kehancuran seperti yang ucapkan oleh segelintir yahudi terhadap Rasulullah SAW.

Orang Yahudi mengucapkan salam kepada nabi SAW dengan ucapan: As-Samu 'alaika ya Muhammad! As-samu maksudnya kematian. Bererti mereka mendoakan mati kepada baginda. Lalu baginda menjawab: wa alaikum yang maksudnya, "dan ke atas kamu jugalah kematian".

Hari ini hampir kebanyakan orang bukan Islam fasih memberi salam. Sehingga kadang-kadang orang Islam yang mendengar menjawab secara spontan tanpa berfikir panjang akan hukumnya.

Kadang-kadang dah jawab baru perasaan yang bagi salam itu kawannya yang bukan beragama Islam.

Apabila bukan Muslim mengucapkan salam: Assalamualaikum, maka kita harus membalasnya dengan ucapan: Wa'alaikum. Perkataan beliau: Wa'alaikum, merupakan dalil bahwa apabila mereka mengucapkan: Assalamualaikum, yang bererti pada diri mereka ada keselamatan, maka kita juga membalas dengan ucapan yang sama.

Maka sebahagian ulama berpendapat apabila orang-orang Yahudi dan Nasrani mengucapkan secara jelas: As-salaamu 'alikum, maka kita juga boleh membalas dengan ucapan: Alaikum salam.

Kesimpulan jawapan ini dapat saya katakan: "Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada bukan Muslim. Sebab Nabi SAW melarang hal itu, di samping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang bukan Islam".

Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabila mereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.

Namun di sini saya mempunyai cadangan salam diharus diucapkan kepada kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam. Ucapan salamnya adalah: Assalamulaikum man ittaba' al-Huda' yang bermaksud: salam sejahtera ke atas mereka yang menurut (mengikut) petunjuk (Islam).

Maksudnya salam sejahtera yang diucapkan itu tertangguh sehingga dia mendapat hidayah dalam masa yang sama kita memohon hidayah daripada Allah SWT.

Salam inilah yang menjadi pembuka bicara dalam surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada pembesar-pembesar negara dalam misi menyebarkan empayar Islam. Cuma di negara kita dan mana-mana negara Islam yang lain juga tidak digunakan ucapan ini.

Saya pernah mengucapkan demikian kepada seorang kawan yang bukan beragama Islam, lalu dia tanya. Apa maksudnya, dan kenapa lain?

Saya jelaskan bahawa kesejahteraan sebenarnya bagi seseorang itu ialah apabila dia menjadikan agama Islam sebagai cara hidup, dan itu satu-satunya jalan selamat bagi kesejahteraan.

Saya dapati dia berfikir panjang dan meneruskan soalan berkaitan Islam dengan penuh minat. Hari ini dia bergelar seorang muslim.

Manakala ucapan good morning dan selamat sejahtera tidaklah haram hukumnya. Kita juga tiada ucapan lain dalam uruf (suasana atau kebiasaan) hari ucapan selain itu.

Ada segelintir ulama mengharamkan ucapan salam sejahtera dan hampir sama maknanya dengan alasan orang Islam lebih mulia dan tinggi dari orang bukan Islam maka kita tidak seharusnya merendahkan diri dengan memberi ucapan kepada orang bukan Islam.

Mungkin ada benarnya dari konteks hukum tapi tidak dari konteks dakwah. Maka tidak salah dan harus kita mengucapkan salam sejahtera, very good morning dan seumpamanya, mudah-mudahan kerahmatan Islam lebih menyerlah.

Orang bukan Islam juga berhak menerima ucapan-ucapan yang baik dari orang Islam sebagai jambatan keharmonian dan kesejahteraan.

Sunday, October 25, 2009

Rahsia Penyembuhan Di Sebalik Sebutan "ALLAH"

Van der Hoven, seorang psikologis dari Netherlands mengumumkan penemuannya tentang kesan membaca al Quran dan mengulangi sebutan "Allah" ke atas pesakit. Ini adalah berdasarkan kajiannya selama 3 tahun. Kesimpulan yang didapatinya, sebutan "Allah" benar-benar memberi kesan yang memberangsangkan terhadap penyembuhan pesakit-pesakit yang mengalami tekanan mental.



Psikologis itu menerangkan bagaimana setiap huruf dalam kalimah ALLAH dapat memberi kesan penyembuhan kepada penyakitnya. Beliau menyatakan bahawa:



-Huruf A, yang keluar melalui sistem pernafasan, akan mengawal pernafasan.



-Huruf L yang


'bersabdu', apabila disebut akan menyebabkan lidah sedikit terangkat ke lelangit, dan akan menghasilkan satu 'pause' yang merehatkan pernafasan.



-Huruf H yang terakhir


akan membuatkan satu 'contact' antara paru-paru dan jantung, dan ini akan mengawal degupan jantung.



Sebenarnya, professor ini seorang non-Muslim tetapi beliau sangat berminat dengan kajian Islam dan suka mencari rahsia-rahsia agung yang terkandung di dalam kitab suci al Quran.



Subhanallah! Banyakkan berzikir menyebut namaNya...


-------------------------------------------------------------------------------------------------

REPORT: Van-der-Hoven, a psychologist from Netherlands announced his new discovery about the effect of reading the Holy Quran and repeating the word "ALLAH" both on patients and on normal persons. The Dutch professor confirms his discovery with studies and research applied on many patients over a period of three years. Some of his patients were non-Muslims, others do not speak Arabic and were trained to pronounce the word "ALLAH" clearly; the result was great, particularly on those who suffer from dejection and tension.

Al Watan, a Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Holy Quran regularly can protect themselves from psychological diseases. The psychologist explained how each letter in the word "ALLAH" affects healing of psychological diseases.
He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word "ALLAH" which is the letter (A), released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant (L) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and then repeating the same
pause constantly, relaxes the aspiration. Also, pronouncing the last letter which is the letter (H) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heartbeat.

What is exciting in the study is that this psychologist is a non-Muslim, but interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the Holy Quran. Allah, The Great and Glorious, says, "We will show them Our signs in the universe and in their own selves, until it becomes manifest to them that This (Quran) is the truth". (Holy Quran: 41/53)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Selain itu.. bila kita senantiasa mengingati ALLAH setiap saat.. insyaAllah akan terselamat drp pelbagai ancaman... yang aku buat kajian adalah bidang perisikan..

posting aku yang lepas menceritakan pasal ECHELON..
Rahsia kecanggihan Echelon telah banyak didedahkan oleh banyak pihak..
Pada kebiasaannya apabila kita tahu saja kewujudan sesuatu teknologi itu wujud maka sebenarnya kita sudah terlambat .. kerana kebocoran rahsia tersebut adalah sengaja dibiarkan.. kerana "MEREKA" sudahpun memiliki teknologi yang lebih canggih lagi daripada itu.

Kajian terhadap teknologi utk membaca fikiran manusia telah dilaksanakan sejak 1940 oleh "elite-group" termasuk US dan Russia melalui beberapa projek yang dikenali sebagai "satellite mind control technology ", Mk-Ultra dan dll. Kini mereka sudah pun memiliki teknologi yang boleh membaca otak manusia dari jarak jauh.. dari "Spy Satellite" mereka. baca caption di bawah:

Besides tracking a person,'s every action and relaying the data to a computer screen on earth, amazing powers of satellites include reading a person,'s mind, monitoring conversations, manipulating electronic instruments and physically assaulting someone with a laser beam.

Echelon kini bukan sekadar boleh memintas SMS,MMS, email, voice, data, image, fax, telephone, chatting, radio HF/VHF/UHF.. VOIP/ROIP etc.. malah Echelon boleh monitor FIKIRAN MANUSIA..

Adalah sangat-sangat mustahak untuk seseorang moslem utk senantiasa berzikir.. supaya setiap saat hanya ALLAH sahaja yang adalah dalam FIKIRAN dan HATI kita..

Kalo Echelon dapat monitor otak orang moslem... dia cuma dapat ALLAH..ALLAH..ALLAH

Tuesday, October 20, 2009

Minum arak petanda tragedi ummah

Oleh SITI AINIZA KAMSARI


WALAUPUN terdapat larangan namun ia sering tidak diendahkan apabila ketagihan arak menguasai diri sesetengah umat Islam.


Kisah 1

SEORANG rakan wartawan, N menceritakan pengalaman benarnya ketika bertugas di luar negara apabila di hadapan mata kepalanya sendiri, dua pemuda Melayu sepuas-puas hati meneguk arak seperti kehausan yang amat sangat di padang pasir!

Menerima arahan bertugas keluar negara biasanya memang mengujakan kerana pelbagai pengalaman baru bakal dirasai dan tempuhi. Walaupun saya selalu juga menghabiskan masa bercuti di luar negara namun bertugas atas nama wartawan akan ada cabaran yang tersendiri.

Pada Ogos lalu, saya dihantar ke Bangkok, Thailand untuk satu liputan pelancaran kamera terbaru oleh sebuah syarikat pengeluar produk pengimejan yang terkenal.

Lazimnya untuk tugasan seperti ini, saya akan bersama dengan rakan-rakan setugas yang bukan berbangsa Melayu atau Islam dan saya juga akan membawa bekalan makanan sendiri kerana sukar untuk mendapatkan makanan yang halal.

Tetapi dalam tugasan kali ini saya rupa-rupanya turut ditemani dengan dua lagi rakan media iaitu dua pemuda Melayu.

Ini menyebabkan saya rasa sungguh lega kerana pihak penganjur pastinya akan cuba menyediakan makanan yang halal berikutan ramainya petugas yang beragama Islam. Atau sekurang-kurangnya berasaskan vegetarian.

Tetapi apa yang berlaku lebih memeranjatkan. Iaitu sejurus tiba di Bangkok, tanpa membuang masa saya terus berkenalan dengan dua pemuda Shamsul dan Shah (bukan nama sebenar) dan terus berborak banyak perkara kerana kami tidak pernah bertemu sebelum ini sehinggalah di Bangkok ini pertama kali bertemu.

Semasa acara perasmian yang diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di tengah-tengah kota Bangkok itu, kami kemudiannya diajak untuk menikmati hidangan dalam satu jamuan.

Menyedari mengenai status halal haram pelbagai juadah yang dihidangkan saya hanya mampu meneguk segelas minuman ringan berjenama yang dihulurkan kepada saya. Satu-satunya minuman yang halal walaupun saya kurang menggemari minuman berais dan bergas ini.

Minuman yang sama dihulurkan kepada Shamsul dan Shah, "Anda boleh minum ini," katanya.

Tetapi tanpa saya sangka, Shamsul dan Shah dengan tanpa rasa bersalah atau lebih tepat muka yang selamba mereka terus mencapai gelas kaca berkaki tinggi yang telah diisi arak ke dalamnya.

Tanpa segan silu mereka terus meneguk arak yang dituang separuh gelas itu sehingga habis.

Sambil mengesat mulut dengan tangan mereka kemudiannya seperti berpuas hati. Seolah-olah mereka telah menunggu lama untuk menikmati arak itu. Akhirnya apabila peluang tersebut tiba, tanpa perlu menunggu lama dari satu gelas ke satu gelas yang lain mereka berpesta arak pada malam itu.

Dalam keadaan terkejut itu saya merenung tajam perbuatan mereka sambil mengerling mata, namun Shamsul dan Shah tidak boleh ditahan-tahan lagi untuk mereka terus menikmati 'air kencing syaitan' itu.

Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu, kecewa dan sedih melihatkan perlakuan aib dan mungkar yang dilakukan oleh anak Melayu yang beragama Islam itu.

Dalam usia lewat 20-an tidak mungkin mereka jahil soal haram halal minuman yang diharamkan oleh Islam itu.

Lainlah kalau mereka mungkin pernah belajar di luar negara sebelum ini menyebabkan ada tabiat buruk yang mereka hendak dikekalkan.

Tabiat buruk mereka semakin menjadi-jadi apabila makanan yang pastinya tidak halal turut dijamah mereka dengan begitu berselera, sambil diselang seli dengan arak yang dikatakan antara terbaik pernah mereka minum.

Semua ini menjadikan tekak saya semakin mual melihat tabiat buruk pemuda-pemuda Islam ini. Di masa-masa lain, Shamsul dan Shah juga tidak melepaskan peluang untuk memesan bir. Bir-bir gelas besar dengan buih-buih yang memenuhi permukaan gelas itu dinikmati oleh mereka dengan tanpa sedikit pun rasa bersalah!

Saya tidak nafikan mereka mempunyai kemahiran meminum arak! Apa jenis arak dan bir sekalipun mampu mereka minum dalam jumlah yang besar dan tidak mabuk! Ini bermakna mereka telah lama terjebak dalam aktiviti terkutuk ini.

Tinggal lagi kini segala-galanya terhidang dengan percuma, pelbagai jenis iaitu sama ada wain putih atau merah dan berjenama antarabangsa, ini menjadikan misi sebenar Shamsul dan Shah ke Bangkok ini benar-benar untuk menikmati arak.

Di hari akhir tugasan di satu majlis penutup yang diadakan di sebuah restoran kapal terapung, Shamsul dan Shah seperti tidak sanggup berpisah dengan minuman dan makanan yang haram.

Lalu merekalah yang paling kenyang dan sendawa dengan bau busuk arak pada malam itu!

Baru-baru ini kami bertemu semula dalam satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di tengah-tengah Kuala Lumpur, Shamsul seolah-olah cuba menyindir saya: "Akak, halalkah ke kita makan di sini?," katanya. Mereka benar-benar kurang ajar!

Kisah 2

Seorang lagi rakan M pula turut mengalami pengalaman pedih sindrom orang Islam yang lupa daratan baru-baru ini. Iaitu di sebuah hotel lima bintang di sebuah pulau yang terkenal sebagai syurga pelancongan di utara Semenanjung.

M ketika itu menerima jemputan tugasan sebuah syarikat elektronik terkenal yang hendak melancarkan sebuah produk terbaru mereka.

Yang turut bersama dengan M ramainya kalangan bukan Islam dan beberapa jemputan lain yang berbangsa Melayu.

Sehinggalah ketika berada di lobi hotel untuk berehat selepas penat menghabiskan masa untuk membeli belah di Pekan K, tiba-tiba muncul Azman (bukan nama sebenar) yang juga salah seorang jemputan untuk ke majlis itu.

Sambil mengesat peluh di dahi kerana kepenatan, Azman berkata dengan nada suara bangga, "Tak sangka, murah gila!," katanya berulang kali.

M yang tidak tahu menahu apa-apa, lantas bertanya apa yang dimaksudkan oleh Azman itu.

Wajah Azman yang asalnya tadi begitu ceria terus berubah dan tidak semena-mena beliau terus meminta maaf dari M sebelum memberitahu perkara sebenar.

"Kau jangan marah tau, saya minta maaf. Saya baru sahaja membeli arak ini, tak sangka pula harganya murah di sini," katanya sambil menunjukkan beberapa tin bir daripada sebuah beg plastik.

"Arak?," jerit M dengan terkejut.

"Arak Jepun, tak sangka di sini harganya murah sangat, saya apa lagi tak lepaslah dari membelinya," kata Azman lagi.

M terkedu dengan kata-kata Azman itu yang terus berlalu sambil meneguk arak tersebut.

Di majlis lain, Maria juga dapat melihat seorang wanita Melayu yang di hadapan mejanya terdapat beberapa gelas minuman keras.

Maria tidak mahu menyangka buruk kerana tidak melihat wanita itu seperti gaya kaki minum.

Tetapi M kemudiannya difahamkan wanita Melayu itu juga gemar menghabiskan masa dengan meneguk arak.

Apakah hikmah di sebalik isu Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang minta hukuman rotan atas kesalahan beliau meminum arak tetap dilaksanakan terhadapnya?

Kes beliau ini sebenarnya telah membuka mata banyak pihak dan mengakui pada hari ini bukan sahaja Kartika tetapi telah terdapat ramai di kalangan umat Islam di negara ini menderhaka terhadap hukum dengan meminum arak dengan sengaja!

Sedangkan hukum haram minum arak telah mereka ketahui dengan jelas dan mereka tahu bahawa ayat berikut tidak pernah berubah sehingga kiamat.

Firman Allah SWT yang maksud-Nya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (al-Maidah: 90)

Mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria berkata, ayat tersebut tidak akan mengalami sebarang penafsiran baru untuk apa tujuan sekalipun.

Sehingga kiamat arak tetap dihukumkan haram dan sesiapa yang meminumnya dengan sengaja dikategorikan melakukan dosa-dosa besar.

"Lebih malang lagi, 40 hari amalannya selepas meminum arak itu tidak akan diterima oleh Allah hatta sekalipun dia melakukan pelbagai ibadat yang khusus, melakukan amal kebajikan terhadap orang lain, menasihatkan orang lain dan sebagainya semua itu sudah tidak ada maknanya lagi," katanya.

Beliau cukup kecewa pada hari ini apabila semakin ramai umat Islam yang minum arak tanpa segan silu lagi terhadap Allah dan pandangan mata umat Islam yang lain.

"Malah menunjuk-nunjuk dan menganggap mereka yang tidak minum arak sebagai kolot dan ketinggalan zaman sedangkan arak sangat membabitkan satu perundangan dan hukum yang sangat jelas.

"Arak adalah ibu kepada segala kejahatan, manusia menjadi tidak waras, tidak tenang hati, kosong jiwanya malah lebih teruk lagi penyaksiannya tidak boleh dipakai sekalipun pada masa itu si polan tersebut tidak meminum arak," tegasnya.

Menurut Kamaruddin, jika seawal usia 17 tahun, remaja Islam sudah pandai meminum arak, semua ini tidak bezanya andai si awal usia itu mereka menagih rokok, dadah, judi dan sebagainya, maka gelaplah masa depan mereka.

Namun sesetengah peminum arak ini tadi merujukkan perbuatan kalangan berbangsa Arab beragama Islam yang dikatakan kuat meminum arak, ini menjadikan alasan kepada umat Islam hari ini untuk menjadi kaki botol.

"Dalam soal ini perbuatan yang buruk tentunya tidak boleh dijadikan contoh. Orang Arab ini tahu mengenai soal pengharaman arak tetapi mereka pandai berdalih.

"Sedangkan Saidina Omar al Khattab ketika mula-mula memeluk Islam, terus membuang isi kandungan dan botol-botol arak yang selama ini turut menjadi kegemaran beliau. Dihempas botol-botol itu sehingga berkecai," katanya.

Menurut Zakaria, sudah tiba masanya negara tidak sahaja kini memerlukan pusat pemulihan dadah tetapi pemulihan terhadap minum dan ketagihan arak.

"Pusat seperti ini sangat perlu dan ia juga bukan sahaja untuk umat Islam tetapi semua kaum dan agama yang mahukan kegemaran dan ketagihan arak ini perlu dihentikan.

"Kita sayangkan semua orang, kita sayangkan masyarakat majmuk kita agar semuanya sihat dan waras agar negara yang kita diami bersama bertambah makmur maka pusat seperti ini perlu ditubuhkan segera," katanya.

Tambah beliau penubuhan ini tidak bertujuan menafikan hukuman rotan dan denda terhadap peminum arak di kalangan umat Islam.

"Aspek penguatkuasaan itu memang penting tetapi sebelum hukuman itu dijalankan si pesalah perlu dipulihkan dahulu.

"Andai jika mereka masih degil dan masih mahu meminum arak, maka hukuman yang berat perlu dijalankan terhadapnya," jelasnya.

Kamaruddin meminta umat Islam yang terjebak supaya segera berhenti sebelum arak teruk merosakkan diri mereka.

"Hijab hidayah dari Allah akan tersingkap, nur atau cahaya Islam tidak akan masuk dan mereka tidak akan mencapai kemenangan walaupun mempunyai perjuangan yang suci dan murni dalam hidup," katanya.

Justeru beliau berharap agar perbuatan minum arak ini mesti dicegah oleh semua pihak.

"Untuk pencegahan yang berkesan memerlukan usaha yang bijak dan penuh berhikmah. Di samping perlu tabah dan berterusan," katanya.

Beliau menegaskan umat Islam yang minum arak adalah satu tragedi ummah yang membawa petanda kelemahan dan boleh dijajah oleh kejahatan dan akhirnya Islam mampu tinggal hanya pada nama!

Dalam salah satu kisah diceritakan, bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah mendera orang-orang yang minum arak dan yang ikut menyaksikan perjumpaan yang terhidang arak di dalamnya.

Sekalipun orang yang menyaksikan itu tidak turut minum bersama mereka.

Dan diriwayatkan pula, bahawa pernah ada suatu kaum yang mengadu kepadanya mengenai ada kalangan ahli kaumnya yang minum arak.

Umar kemudiannya memerintahkan agar semuanya didera.

Lantas ada orang yang berkata: "Bahawa di antara mereka itu ada yang berpuasa wahai Umar".

Maka jawab Umar: "Dera dulu dia (yang berpuasa ini)!"

Apakah kamu tidak mendengarkan firman Allah yang mengatakan: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepadamu dalam al-Quran, bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah ditentangnya dan diejeknya. Oleh kerana itu jangan kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka itu tenggelam dalam omongan lain, sebab sesungguhnya kamu kalau demikian keadaannya adalah sama dengan mereka. (an-Nisa': 140)," kata Umar dengan tegas.

Saturday, October 17, 2009

Ketampanan Nabi Yusuf diuji

NABI Yusuf ingin hidup tenang dan tenteram di rumah pembesar Mesir. Baginda mendapat sepenuh kepercayaan daripada majikannya untuk menguruskan segala hal-hal rumah tangga mereka dengan penuh keikhlasan, kejujuran tanpa mengharapkan balasan dan sebagainya.

Pertumbuhan fizikal dan mental Nabi Yusuf menjadi seorang pemuda yang cukup tampan dan gagah telah menarik perhatian isteri pembesar Mesir tersebut.

Zulaikha sangat tertawan melihat ketampanan Yusuf. Dia selalu menggoda Yusuf dengan pelbagai cara sama ada secara terang ataupun tersembunyi. Pantang ada kesempatan, maka akan digunakan oleh Zulaikha dengan sepenuhnya.

Setiap hari dia akan berpakaian cantik dan memakai wangi-wangian semata-mata untuk menggoda Nabi Yusuf agar terpikat kepadanya.

Perbuatan dan tingkah laku Zulaikha yang selalu menggoda Yusuf itu lama-kelamaan menjadi buah mulut penduduk Mesir.

Sebagai isteri kepada orang yang sangat berpengaruh, Zulaikha terasa sangat teruji dan malu dengan perbuatannya sendiri. Dia pun merancang satu strategi untuk menutup perbuatannya.

Pada suatu hari, dia telah memanggil rakan-rakannya yang terdiri daripada isteri-isteri pembesar dan kaum-kaum wanita yang berpengaruh di daerah itu untuk menjamu mereka di rumahnya.

Setiap tetamu yang datang akan diberikan tempat duduk yang sangat selesa kepada mereka dan dihidangkan dengan makanan yang lazat serta sebilah pisau setiap seorang untuk memotong makanan itu.

Apabila semua tetamu telah sampai, Zulaikha pun mempersilakan mereka makan.

Sedang tetamu-tetamunya asyik makan, Zualikha memerintahkan Nabi Yusuf supaya keluar dan berjalan di hadapan mereka. Nabi Yusuf pun keluar dan berjalan dari bahagian hadapan hinggalah ke belakang meja itu.

Para wanita yang melihatnya terdiam seketika dan terngangalah mulut masing-masing. Mata mereka bulat memerhatikan ketampanan Yusuf. Tidak kurang juga ada yang menjerit kerana terkejut. Lagipun seumur hidup mereka sebelum ini tidak pernah melihat orang lelaki setampan Nabi Yusuf.

Oleh sebab terlampau terkejut dan terpukau dengan ketampanan Nabi Yusuf, mereka telah memotong jari masing-masing sehingga luka. Sesungguhnya apa yang terjadi itu adalah di luar kawalan mereka.

Zulaikha memerhatikan mereka dengan perasaan suka hati. Dia pun bertepuk tangan dan mengarahkan Nabi Yusuf masuk ke dalam bilik semula. Setelah Nabi Yusuf hilang daripada pandangan, barulah wanita-wanita itu tersedar daripada lamunan dan mula menyedari tangan masing-masing telah terluka.

"Sesungguhnya apa yang kami lihat itu tadi bukanlah manusia tetapi malaikat," kata mereka. Zulaikha pun berkata: Kamu telah melukai tangan masing-masing, padahal kamu hanya melihatnya sekali sahaja. Tetapi aku melihatnya setiap hari, daripada usianya 12 tahun sehinggalah dia menjadi pemuda yang tampan begini. Jadi salahkah aku kerana menyukainya?"

Pelbagai nasihat yang diberikan oleh wanita-wanita itu tadi supaya Nabi Yusuf menerima cinta Zulaikha. Jika menerima cinta Zulaikha, Yusuf akan mendapat kesenangan hidup dan pelbagai ganjaran yang lain. Namun begitu kata-kata nasihat yang diberikan tidak menarik minat di hati Nabi Yusuf.

Baginda berdoa kepada Allah agar dirinya ditetapkan iman dan tidak terpengaruh dengan godaan wanita-wanita itu. "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku lebih rela dipenjarakan kerana sekiranya berada di luar aku bimbang akan terpaksa menurut hawa nafsu wanita-wanita itu. Lindungilah aku wahai Tuhanku daripada rayuan dan tipu daya mereka," ucap baginda.

Pembesar Mesir mengetahui hal itu, tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Demi menyelamatkan keadaan, dia telah menurut kata isterinya supaya memenjarakan Nabi Yusuf. Akhirnya tinggallah Nabi Yusuf dalam penjara

Thursday, October 15, 2009

Anugerah Dekan


Menerima Sijil Anugerah Dekan 2009 daripada Dekan Fakulti Pendidikan, UKM, Prof Dr Datin Siti Rahayah Ariffin.

Alhamdulillah...Thanks Allah....




Gambar-gambar ketika menerima Anugerah Dekan Sem.1 Program Sarjana 2009. Terima kasih kepada Ibu yang tersayang, anakku Rayyan, keluarga dan semua rakan-rakan. Semoga kejayaan ini akan memberi impak dan inspirasi kepadaku dan anakku serta keluargaku. amin

Wednesday, October 14, 2009

You Raise Me Up


by Josh Groban


When I am down, and oh my soul so weary

When troubles come, and my heart burdened be

Then I am still and wait here in the silence

Until you come and sit awhile with me.

You raise me up so I can stand on mountains.

You raise me up to walk on stormy seas.

I am strong when I am on your shoulders.

You raise me up to more than I can be.


You raise me up so I can stand on mountains.

You raise me up to walk on stormy seas.

I am strong when I am on your shoulders.

You raise me up to more than I can be.


(enter choir in background)


You raise me up so I can stand on mountains.

You raise me up to walk on stormy seas.

I am strong when I am on your shoulders.

You raise me up to more than I can be.


You raise me up so I can stand on mountains!

You raise me up to walk on stormy seas!

I am strong when I am on your shoulders.

You raise me up to more than I can be.


You raise me up to more than I can be.

You Raised Me Up

Sunday, October 11, 2009

Hanya padaMu ya Allah

"If somebody has teased the Islam religion, do not be angry, just ignore them and do what you were doing before. If you are angry and being agressive, they would think that Islam is a religion of war.”

Friday, October 09, 2009

Hari-hari yang Tinggal

Bukan sekadar menghitung maupun membilang tapi ada makna yang lebih mengerti keinginan utk melaksanakannya. semacam sangat pantas waktu berlalu seolah-olah cuba dan terus mencuba untuk menjarakkan dirinya dari manusia. apakah ini satu cubaan atau satu rahmat. Tuhanku segalanya adalah rahsia peribadi milikmu. mana mungkin kami manusia berupaya mentafsirkan rahsia itu. takut nanti terkeluar dari landasan akidah kepadaMu.

Monday, October 05, 2009

Semoga Segalanya PASTI . Amin

Ya Allah Segala puji bagiMu. Tuhan segala apa yang ada di langit dan di bumi. KepadaMu kami semua memohon keampunan dan pertolongan. Restukanlah perubahan yang berlaku ke atas kami. Sesungguhnya kepada Engkau jua kami berserah dan memohon hidayah agar kami terus berada atas jalanMu. Janganlah Engkau pesongkan perjalanan kami. Bimbinglah kami dengan kitabMu al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Janganlah Engkau alihkan pandanganMu dari kami hati-hati yang masih belum disuluh cahaya nurMu.
Berikanlah kami kekuatan sebagaimana Engkau kuatkan hati-hati para sahabat Rasulullah s.a.w dan para anbiya'. Tiada yang lebih berkuasa melainkanMu. Tiada yang lebih mampu melainkanMu. tiada yang lebih hidup melainkanMu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Tiupkan roh kekuatan agamaMu ke dalam hati-hati kami manusia ini Ya Allah.

Saturday, October 03, 2009

Kembali

Syukur alhamdulillah

syukur ke hadrat Ilahi maka diberi ruang sekali lagi kembali ke ruang ini. walau apa pun bersama kita sedekahkah al-fatihah untuk saudara kita yang terkorban dalam peristiwa gempa bumi di Padang, Sumatera Barat. Semoga Allah memberi rahmatnya kepada semua yang terlibat.

dalam kita meniti perjalanan hidup sebagai insan yang kerdil begitulah nasib kita. bila-bila masa akan dijemput menemui pemilik mutlaknya yang abadi. jangan disesali atas apa yang berlaku. semuanya kebijaksanaan Allah yang Maha Bijaksana. sunatullah dan bukan urusan manusia untuk mengubah apa yang berlaku. takdir mati adalah hakNya yang abadi. namun dalam hidup kita jangan pula disalahkan takdir lantaran apa yang berlaku. jangan menyalahkan takdir atau mengambil kesempatan atas kesalahfahaman konsep berkaitan dengan Qada dan Qadar Allah. bersihkan hati dan jiwa agar sama-sama kita menuju ke jalanNya. Amiiinnnn

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...