"Kala ini tiada ungkapan seindah LAILAHAILALLAH MUHAMAD RASULULLAH. Hanya padaMu ya Allah tempat ku bersujud dan Muhammad itu pesuruhMu Rasulullah".
How to Share With Just FriendsHow to share with just friends.
Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014
Saturday, September 05, 2009
Lagu Raya Untuk Semua
Kuching, Sarawak
Puasa Ke Lima Belas
tinggal dua hari lagi maka tibalah kita ke tarikh turunnya al-Quran Karim kepada Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur iaitu 17 Ramadhan. Nuzul Quran.....turun pada bulan ramadhan bersamaan dengan umat Islam menjalankan ibadah puasa kepada Allah s.w.t. penguasa alam semesta, langit dan bumi. Pencipta Agung yang tiada tolok bandingnya. Maha Bodohlah manusia yang dicipta mempertikaikan pencipta. Maha Sombonglah manusia yang dicipta berlagak kepada yang Maha Pencipta. Hari ini...adalah catatan terakhir untuk bulan ramadhan ini daripada penulis. Insyaallah akan bertemu kembali pada 1 atau 2 Oktober nanti. Sama-samalah kita berdoa..semoga kita mendapat rahmat dan nikmat yang berpanjangan daripada Allah s.w.t.
Doa juga dititipkan buat arwah ayahanda tersayang Awg Kitot@Basrie bin Pengiran Ismail, Nenda tersayang Abg Aboi bin Abg Leman, Nenda tersayang Masdini bin Sakup. Kehilangan tidak dapat ditukar ganti. Namun pergi dijemput Ilahi, tanda kasih sudah terpatri, sebagaimana telah dijanji...... semoga roh kaum keluarga ku diampunkan Allah dan di tempatkan di salah sebuah syurgaMu, begitu juga seluruh umat Islam di muka bumi Mu ini. Ameen.
Moga Ketemu lagi....Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batik
Daripada Keluarga Besar Penulis:
Awg Kasmurie bin Awg Kitot @ Basrie
Ibu Yang dicintai Asiah (Mak)
Dayang Nooratika (Adik)
Awang Nadhir Rayyan Farris (Anak)
Awg Khusairy (Adik)
Awg Abdul Rahimi (Adik)
Awg Shamsuri (Abg)
Keluarga Kakak 1
Dayang Semabuti
Matsait bin Japar (Abg Ipar)
Siti Cahaya (Anak)
Mohd Shamil (Anak)
Mohd Zulfar (Anak)
Mohd Nabil Danisy (Anak)
Keluarga Kakak 2
Dayang Sukarna Puri
Indera bin Udin (Abg Ipar)
Shazwani (Anak)
Nur Amani (Anak)
Mohd Arif (Anak)
Nur Ranina (Anak)
Mohd Haziq Firdaus (Anak)
Mohd Iqbal Firdaus (Anak)
Keluarga Adik
Dayang Suhana Dewi
Mohd Amirul Zairin bin Abdullah @ Vincent (Adik Ipar)
Nazrul Farris (Anak)
Nasikthiaruddin Farris (Anak)
Nabila Qistina Farisya (Anak)
Nurul Adriena Farisya (Anak)
Nur Wardina Farisya (Anak)
Nadhir Rayyan Farris (Anak)
Keluarga Abg
Awang Marzuki
Fatimah Hairi (Kakak Ipar)
Allahyarhamah Dayang Nor Adilla (Anak)
Awang Amir Zakuan (Anak)
Thursday, September 03, 2009
Doa ku Pada Mu .....Ya Karim
Moga Hamba mu ini, keluarga ku, umat Islam dan saudara-saudaraku selamat dunia dan akhirat.
Wednesday, September 02, 2009
Remaja murtad cetus perbalahan di Florida
Selamatkanlah jiwa insan ini kembalilah dia kepangkuan agamaMu
Lembutkanlah dengan kasih sayang mu ya Allah.
Sesungguhnya dia lemah dengan tipu daya musuhmu di dunia
sesungguhnya dia terkeliru dengan kata-kata pendusta Agama....
Ameen
Remaja murtad cetus perbalahan di Florida
RIFQA memasuki mahkamah Florida di Orlando kelmarin. Gambar kecil menunjukkan ibu Rifqa, Aysha, menangis dalam mahkamah melihat anaknya. |
Gadis enggan pulang ke rumah dakwa keluarga ancam keselamatannya
ORLANDO: Seorang remaja perempuan Muslim yang lari dari rumah dan murtad untuk memeluk agama Kristian mencetuskan perebutan hak penjagaan di mahkamah Florida di antara mubaligh Kristian dan keluarga Islam remaja itu.
Kes membabitkan hak penjagaan remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Sri Lanka itu akan diputuskan di mahkamah Florida esok.
"Kami kesal (kes ini diperbesarkan) kerana ia hanyalah satu masalah keluarga,” kata pengarah Pusat Islam Orlando,” Imam Tariq Rasheed kepada akhbar Orlando Sentinel kelmarin.
"Cara ia dipaparkan media lebih mirip kepada usaha memburukkan Islam dengan memberi gambaran negatif mengenai agama ini,” katanya.
Remaja berkenaan, Rifqa Mohamed Bary, meninggalkan keluarganya di Ohio Julai lalu dan pergi ke Orlando untuk memeluk agama Kristian.
Rifqa yang kini tinggal di rumah keluarga seorang paderi berkata beliau bimbang tentang keselamatannya jika pulang ke pangkuan keluarganya.
Bagaimanapun, bapa remaja itu berkata anak perempuannya itu tidak perlu bimbang kerana beliau bebas untuk mengamalkan agama barunya. Katanya, keluarga itu hanya mahu remaja itu pulang.
Aktivis Kristian di Florida sedang melancarkan kempen untuk membenarkan remaja itu tinggal di negeri itu dengan menyatakan ia membabitkan isu kebebasan beragama kerana mereka mendakwa Al Quran memerintahkan hukuman mati terhadap mereka yang murtad.
Kumpulan Islam menafikan hujah berkenaan.
"Tidak ada satu ayat pun dalam Al Quran menghalang seseorang daripada menggunakan haknya untuk memilih agama yang dianutinya,” kata Imam Rasheed.
"Juga tidak disentuh mengenai hukuman terhadap yang murtad."
Seorang profesor madya dalam bidang agama di Universiti Florida, Gwendolyn Zoharah Simmons, berkata isu itu mungkin berpunca daripada kebimbangan yang tidak rasional di kalangan mereka yang tidak memahami Islam.
"Apa yang lebih memalukan dalam isu ini ialah mereka yang sepatutnya lebih berilmu dan mempunyai nilai yang tinggi, sanggup menggunakan tanggapan salah untuk memperdayakan yang jahil dan menggalakkan keganasan.” - Agensi
Ada bonus raya?
PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.
Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.
‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.
‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.
Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.
‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.
‘‘Mereka sedar keadaan ekonomi tidak begitu baik tetapi mereka merayulah kalau boleh kerajaan faham mereka juga dalam keadaan yang tidak begitu stabil ekoran kenaikan harga barang,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.
Tuesday, September 01, 2009
Ku Sujud pada KeagunganMu yang Maha Pencipta
sementara menunggu waktu yang bakal tiba ku coretkan beberapa patah kata disini untuk memenuhi ruang yang mungkin akan tidak diisi dalam tempuh hampir 3 minggu. bermula 13 sept hinggalah pada 1 oktober. oleh itu.....sudi2lah kiranya memberikan sebarang komen dalam blog ini. segala yang kurang itu datangnya dari saya sendiri sebagai hambaNya dan yang sempurna itu hanyalah Milik Pencipta ku Yang Maha Agung. Subhanallah...
semoga amal kita diterima olehNya di dunia dan akhirat. Moga dilimpahkan rezeki yang akan menguatkan lagi kita ke jalanNya bukan melalaikan kita daripada bersujud padaNya.
Nur Ramadan: Hukum bersetubuh pada siang Ramadan
ABU Hurairah, berkata, “Ketika kami duduk di sisi Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki menemui baginda, lalu berkata: Ya Rasulullah, aku telah binasa dan sengaja membuat bencana”. Nabi bersabda: “Apa yang terjadi”. Orang itu berkata: “Aku menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa”. Rasulullah bersabda, “Adakah anda mempunyai hamba perempuan untuk dimerdekakan? Lelaki itu menjawab: “Tidak punya”. Sabda Nabi lagi: “Adakah anda mampu berpuasa dua bulan berturut-turut iaitu tidak berbuka sehari pun dalam tempoh dua bulan”, Jawabnya: “Tidak mampu’. Sabda Nabi lagi: “Adakah anda memiliki makanan untuk 60 penduduk miskin,” Jawabnya: “Tidak punya makan sebanyak itu”.
Nabi terdiam, kami semua berdiam diri, tiba-tiba disampaikan kepada Nabi SAW sekarung kurma. Nabi bersabda: ”Mana lelaki yang bertanya tadi?”. Lelaki itu berkata: “Akulah orang itu”. Sabda Nabi, “Ambil semua kurma ini dan sedekahkan”. Lelaki itu bertanya,” Apakah wajib bersedekah kepada orang yang lebih fakir atau miskin dari diriku? Ya, Rasulullah, Demi Allah, tiada satu keluarga pun yang berada di antara (sempadan) Madinah ini lebih miskin dari keluarga ku. Mendengar itu, Nabi SAW tertawa sehingga jelas nampak beberapa gigi taringnya kerana hairan mendengar keterangan sahabat yang amat miskin itu. Beliau terus bersabda,” Kalau demikian, berikanlah makanan itu kepada keluargamu saja - iaitu anak isteri anda,” 1839 Sahih Bukhari.
Air mata Rasulullah S.A.W
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita
Puasa Ke sebelas....
Sekejap sangat..... menakutkan keadaan dunia ni? subhannallah. Maha Suci Engkau Ya Allah Pencipta segala yang ada di Langit dan di Bumi. kadang2 terasa gerun dan terdetik rasa takut di hati hambaMu ini. bukan bermaksud takut menemuiMu tapi takut kerana hambaMu manusia yang banyak dosa yang belum lagi tertaubat olehnya kepadaMu. Masih banyak lagi kebaikkan yang ingin hambaMu tebus daripada kesilapan2 lalu yang hambaMu ini lakukan. Biarpun dosa hambaMu kepada manusia sesama manusia tidak mungkin terampun olehMu selagi hambaMu ini tidak diampunkan. Namun jauh disudut hati ini meminta belas ihsan daripada yang pernah terkasar tutur kata bahasa, tolong maafkan walau kalian terpaksa memaafkan. Puasa Ke sebelas menandakan semakin hampirlah kita meninggalkan bulan kesayangan umat. Bulan rahmat bulan insaf bulan rezeki dan bulan segala bulan ini. Yang terkandung di dalamnya pasti bulan seribu bulan. Mudahan diberikan rezeki agar ketemu jua nanti padamu ya Lailatur Qadr. Ameen Ya Allah.
Coretan Pertama 2021
Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...
-
Sejarah purba Sarawak suatu waktu dahulu bermula dengan penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak...
-
Lop Buri merupakan sebuah daerah yang begitu terkenal sejak akhir-akhir ini. Lop Buri sinonim dengan bunga Mataharinya. Malah kawasan ladan...