How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Monday, August 31, 2009

Asma Allah by Sami Yusuf

Puasa Ke Sepuluh dan Kemerdekaan Malaysia

Alhamdulillah...telah kita berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam bulan ramadhan al mubarak penuh keberkatan dan bulan penuh keinsafan serta mulia ini. dan setiap hari menghitung perjalanan waktu yang begitu cepat terasa amat sedih di hati. ya...semakin cepat waktu berlalu bermaksud semakin hampirlah ramadhan akan meninggalkan kita. apakah kita mampu untuk bertemu lagi pada tahun seterusnya wahai ramadhan.
pada bulan mu in ya ramadhan begitu banyak keindahannya. sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. namun apa kan daya kita hanya manusia hanya mampu menuruti perjalanan waktu yang telah ditetapkan sunatullah.
dan pada hari ini juga Malaysia negara kita cintai menyambut hari kemerdekaan ke 52. semoga negara kita mencapai keamanan hingga ke hari kiamat. mencapai kemajuan dunia dan akhirat. moga penduduk Islam Malaysia menjadi contoh tauladan penduduk Islam seluruh dunia. semoga Islam semakin syumul di Malaysia. ameen ya rabbail alamin.

Wednesday, August 05, 2009

pertama ogos

hari ni my son kena pegi Klinik Ibu dan Anak sebagai menuntut kewajiban utk mendapatkan imunisasi utk baby. alhamdulillah berat badannya makin naik. semuanya normal. dia pun tak demam. cuma kedengaran suaranya menangis. Rayyan...rayyan.... my son ni penakut budaknya. ketika nak bagi makan ubat terpaksalah saya dan mak memegang badannya yang meronta kuat. dia mmg anti makan ubat. kdg2 bila teringat benda2 tu makin kuat rasa rindu ini pada my son and my mum.

semoga anak ku mendapat berkat dan rahmat daripada Mu Ya Allah. Jadikanlah dia insan yang berjaya dunia akhirat. Begitu juga hambamu panjatkan doa pada Mu Ya Allah panjangkanlah umur ibu ku. berkatkanlah hidupnya. begitu juga berkatkanlah kami sekeluarga dan seluruh umat Islam. Amin

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...