How to Share With Just Friends

How to share with just friends.

Posted by Facebook on Friday, December 5, 2014

Thursday, July 30, 2009

masih sibuk menyiapkan proposal

rasanya....proposal hampir siap. cuma perlu dimurnikan lagi. baru tadi call my mum. lega rasanya my family sihat. my son masih demam tapi dah beransur sembuh. alhamdulillah.

terasa amat rindu pada mak, son, dan keluarga. kalau dapat aku cepatkan waktu mmg telah aku lakukan. tapi apa boleh but itu semua sunatullah. sabar je lah kan. malam ni nak tambah dan nak buat sedikit bahagian teori kajian. mudah-mudahan segala usaha ini berbaloi dan diterima baik. adapun ditolak biarlah ditolak dgn baik. amin

Tuesday, July 28, 2009

pagi ......selasa

baru ada kesempatan sedikit untuk mencoretkan sepatah dua kata di sini. semalaman tak dapat menikmati dunia siber ni. entah apa yang dah jadi with Kiam system punya jaring. sementara untuk mencari bahan-bahan proposal sempat jua aku curi masa yang berharga ni utk mengukir sedikti kata. ada perpatah yang bermain di mindaku "sediakan payung sebelum hujan". masyaAllah.....menakutkan kalau berbulan-bulan internet tak de. mesti amat menyukarkan utk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan pensyarah. maksudnya aku harus mempersiapkan diri utk menyelesaikan semua kerja-kerja yang ada. hari ini target utk siapkan proposal skrg2nya 90%. alhamdulillah......
ketika naik bus UKM pagi tadi. kedapatan beberapa org pelajar yang berebut-rebut menaiki bus. kesian kena marah pulak driver bus. apa yg kecoh sgt. kdg2 driver pun lambat sampai dan tak tpt juga pada masa. kdg2 benda yg kecil pun menjadi satu isu yg sgt besar. dunia hari ini. pelik tapi benar

Sunday, July 26, 2009

Bacaan al-Fatihah

kesukaran dan kesenangan manusia berbeza

salam semua....

dalam dunia ni kadang2 kita tidak memahami kesusahan org lain krn melihat kesenangan yg kita miliki. tidak semua insan itu senang dan berada. cubalah ikhtiar letakkan diri kita dalam dunianya. insyaAllah kita akan merasa kepayahan mereka. jgn hanya memandang luaran semata-mata. ada insan yang jenis berjaya menyembunyikan kesusahan hidup utk menjadi insan normal yang lain. dan jgnlah kita menuduh pula tidak spt rupa. walhal tindakannya mgkn satu cara dirinya membahagiakan hidupnya.
fikirlah....dan ingatlah kesenangan pada hari ini bila2 masa akan hilang dari diri kita. Allah itu Maha Pengasih dan penyayang.

ayat-ayat cinta

For Our Love Mother

aktor Filipina memeluk Islam

pagi yang indah

terasa amat malas untuk bangun pagi ni. tapi alhamdulillah sempat jua aku mencoret satu dua kata sebagai catatan harian. aku memulakan dengan melakukan tugas harianku untuk mencari bahan berkaitan tajuk proposal ku. Rabu lepas aku telah dikritik hebat oleh supervisorku.
sebagai orang yang terpelajar tidak sepatutnya memperlakukan orang lain seperti itu. seolah-olah dia tidak menjalankan tugasnya sebagai pemberi ilmu. masyaAllah. masih ada juga orang yang terlalu mementingkan diri dalam hidupnya. menghalalkan segala usahanya untuk mencapai matlamat. rupanya seolah menggunakan prinsip Macheavelli 'Matlamat Menghalalkan Cara". Allah tuhanku...tolonglah lembutkanlah hatinya bila hamba-Mu ini kembali semula bertemu dengannya. Amin

betapa sukarnya hidup ku

kadang kala aku menyesali hidup dalam keadaan begini. tidak seperti orang lain yang dilimpahi dengan kemewahan dan kesenangan hidup. walau ku tahu.....orang seperti itu tiada pengalaman dalam hidup. namun jauh di hati orang yang mengandaikannya sebagai satu pembohongan. sebenarnya tidak perlu pengalaman hidup yang susah seandainya ingin berbahagia. adakah ini nasib atau satu sumpahan yang seolah-olah tak pernah terpadam dalam perjalanan ini.

seperti satu hasutan memanggil dan berbisik ke telinga jadilah insan tak bersyukur. aku sentiasa bersyukur untuk melayari dan melakari hidup ini. tapi mengapa harus begini. mengapa tidak seperti orang lain. aku dipagari kesusahan dan kesukaran silih berganti. tidak cukup dengan itu terpaksa menahan dan menelan segala kepahitan atas kesengsaraan orang lain. Tuhanku berilah aku kekuatan dalam menempuhi segalanya.

Saturday, July 25, 2009

Happy Family









My Lovely Family


rezeki pemberian Allah


Alhamdulillah.....semoga rezaki dariMu tidak akan putus kepada hamba-Mu ini Ya Allah. Engkaulah pemberi segala-galanya. Dalam meniti kesukaran hidup ada jua berita gembira yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya perjalanan di atas muka bumi-Mu amat mencabar. Maka itulah yang akan menguji keimanan hamba-Mu sebagai makhluk yang berakal. Hari ini tidak banyak coretan yang aku tulis cukuplah sekadar memenuhi ruangan ini agar menjadi tatapan minda buat semua. Aku bukanlah pandai mengukir kata namun segalanya harus disampaikan agar menjadi tanda keprihatinan terhadap Mu. segala puji bagi-Mu.

Friday, July 24, 2009

dugaan dan cabaran

adakah dugaan itu merupakan cabaran. bagiku kedua-dua memberikan maksud yang berbeza dari pelbagai aspek. Pelbagai dugaan dan cabaran telah ku lalui beberapa bulan ini semata-mata untuk menyiapkan diriku menjadi akademia. namun entah perasaan hasad dengki sesama manusia tidak pernah menginsafi kesilapan mereka.

apatah lagi bagi yang telah mencapai kejayaan tapi mula lupa asal usulnya. malah sekali memandang ke langit sudah hilang entiti diri dan tidak ingin lagi mengenali warna rumput yang dipijak.

Wednesday, July 22, 2009

Anakku......Rayyan

Wahai anakku Rayyan. Ketahuilah daddy amat menyayangi mu anakku. jadilah insan yang terbaik dalam kehidupan di dunia ini. semoga dirimu akan terus mendapat rahmat daripada yang maha Esa. Semoga suatu hari nanti cita-cita daddy akan tercapai melalui kebijaksanaanmu anakku. jadilah insan yang soleh walau di mana jua dirimu berada. Daddy tau....sekarang bukan masanya..namun daddy yakin suatu hari nanti segalanya akan termaktub insyaAllah...

catatan untuk hari ini.......adalah sekadar merenung kembali angan-anganku. moga anakku akan diberkati selama-lamanya. amin

Coretan Pertama 2021

 Tanpa disedari sudah lama rasanya berada dalam situasi pandemik disebabkan Covid-19. semua aktiviti seakan-akan terhenti lantaran kerisauan...